RESEPI FINGER FOOD POTATO UNTUK BABY

Kali ini saya nak kongsikan resepi paling mudah untuk kudapan anak terutama waktu sarapan pagi atau minum petang. InsyaAllah makanan yang disediakan oleh ibu adalah yang terbaik, sihat dan berkhasiat. Yang penting anak pun berselera makan air tangan ibu kan?

Bahan-bahan:
- 1 atau 2 biji ubi kentang
- Tepung beras
- Tepung jagung
- Daun parshley kering (untuk tambah perasa)

Cara-caranya:
1. Potong kentang memanjang, lepas tu rebus sampai lembut tapi jangan sampai hancur.
2. Angkat dan salut je dengan tepung beras yang dicampur dengan tepung jagung.
3. Saya campurkan sedikit daun parsley untuk tambah perasa.
4. Lepas tu goreng seperti biasa dengan sedikit minyak.

Tadaaa.. dah siap fingerfood potato untuk Zayd. Alhamdulilah berselera Zayd bila makan lepas penat bermain.

Okay, umur berapa anak sesuai makan fingerfood ni? Seeloknya bila anak dah start tumbuh gigi boleh la bagi fingerfood. Jangan risau sebab kentang memang dah lembut sebab direbus dulu. Jadi ibu tak perlu risau takut anak tercekik ke apa.

Resepi ini paling mudah, cepat dan memang sedia ada dekat dapur. Biasanya lepas bangun tidur atau main confirm Zayd akan rasa lapar. Sama lah macam kita kan, bangun tidur terus masuk dapur cari makanan.

Biasanya Zayd akan makan heavy meal 3kali sehari termasuk sarapan pagi, tengahari, makan malam. In between, Zayd akan makan yang ringan-ringan bergantung kerajinan ummi Zayd. Kalau malas, nak senang potong buah je.

Yang penting, kalau Zayd tak habis makan, ummi boleh tolong habiskan. Itu kan salah satu tugas wajib seorang ibu kena habiskan makanan anak-anak untuk elak membazir. Haha

Semoga bermanfaat ye.

Lepas rebus kentang, sejatkan air dan terus celup ke dalam tepung
yang dicampur dengan daun parshley. Kalau tak letak pun takpe.
Lepas tu goreng dengan sedikit minyak sahaja. Jangan letak banyak minyak okay?
Nak guna butter pun boleh untuk gantikan minyak.

Tadaaa... dah siap hidang dalam bekas untuk anak makan.