RESEPI HOMEMADE CHICKEN BONE BROTH UNTUK BAYI

Sebelum ini saya pernah kongsikan di facebook, tapi kali ini saya nak kongsikan di blog pula supaya senang untuk dirujuk pada masa akan datang. Homemade Chicken Stock atau Bone Broth (BB) sebenarnya adalah air tulang atau sup tulang ayam.

Sekurang-kurang sebulan 1 hingga 2 kali saya akan buat stok BB untuk Zayd. Bila nak masak bubur atau lauk, mudah sangat dan hanya perlu campurkan stok BB. Jadi, saya nak kongsikan resepi yang paling mudah untuk ibu-ibu.

Kelebihan Chicken Bone Broth (BB):

Kelebihan BB ini dapat menguatkan system imun badan anak dan dapat elakkan daripada demam, batuk dan selsema. Antara khasiat BB kaya dengan protein, gelatin semulajadi dan mineral seperti kalsium dan fosforus. Jadi, ianya memang sesuai untuk bayi kerana selamat dan tanpa bahan perasa tambahan!

Bila boleh kenalkan Chicken Bone Broth pada bayi?

Saya mula kenalkan BB pada Zayd ketika Zayd umur 8 bulan dan campur dalam masakkan bubur. Rasanya sedap sama seperti sup ayam.

Bahan-bahan:

- Bahagian tulang ayam (buang kulit atau isi ayam yang tebal)
- 1 biji bawang besar / holand dihiris
- 4/5 ulas bawang putih dihiris
- Halia dihiris
- Rempah 4 beradik
- 1 batang seleri dipotong kecil
- 1 batang carrot dipotong kecil
- Tomato
- Sup bunjut (optional sebab dah letak rempah 4beradik)

Nota Tambahan: 
- Saya lebih suka beli bahagian tulang sahaja untuk lebih jimat. Jadi, tak perlulah tinggalkan bahagian isi ayam sahaja untuk ummi dan abah Zayd makan. Hehe

- Pastikan masak dalam periuk yang sedikit besar dan isi air hampir penuh. Nanti air akan mengering. Jika periuk kecil dan asyik tambah air untuk elak air kering, rasa bone broth tu akan berkurang dan tak pekat seperti air asal. Ini adalah pengalaman saya.

Cara-caranya:

- Letakkan kesemua bahan-bahan dalam periuk
- Isikan air hampir penuh
- Rebus atau renehkan dengan api yang perlahan selama 5-8 jam.
- Kemudian tapis dan simpan air rebusan stok ayam tu.
- Masukkan dalam bekas kecil.
- Tunggu sehingga sejuk sebelum disimpan dalam peti ais dibahagian beku.

Tempoh penyimpanan dalam peti lebih kurang sama macam stok EBM iaitu sehingga 1 bulan. Tetapi saya lebih buat stok untuk seminggu supaya tidak terlalu lama dalam peti. InsyaAllah nanti saya kongsikan resepi mudah menggunakan homemade chicken bone broth ya.


resepi homemade chicken bone broth untuk bayi
Untuk lebih jimat, saya suka beli bahagian tulang ayam sahaja. 


resepi homemade chicken bone broth untuk bayi
Campurkan semua dalam periuk. Tak perlu tumis dan terus reneh.

resepi homemade chicken bone broth untuk bayi
Masukkan dalam bekas kecil, sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam peti.