Assalamualaikum,
Hari ini saya nak kongsikan contoh aktiviti Zayd pada waktu lapang iaitu Bubble Acitivity! Biasanya saya bagi Zayd main air atau bubble waktu petang. Bila basah, senang terus mandikan dia tak payah nak tukar baju dan pampers semata-mata. Hehe
First time Zayd main, gigih pulak dia kutip buih-buih tu nak letak dalam pinggan. Sampai malam pun tak habis kot. Haha
Cara-caranya:
Isikan sabun dalam bekas (saya guna sabun mandi Zayd), kemudian isikan air sampai penuh. Nak banyak buih, sembur air guna paip getah supaya cepat berbuih. Hehe
Kemudian letak mainan favourite anak. Lepas tu dia sendiri akan excited nak explore dan kutip mainan dia tu. Mudah je kan? Yang penting anak seronok, kita pun rasa seronok.
Saya belikan alas tikar getah khas untuk tempat anak bermain dan alas tuala supaya senang nak lap air.
Kelebihan Aktiviti:
- Aktiviti ini adalah salah satu sensory activiti atau aktiviti yang berbentuk ransangan anak.
- Membantu mengembangkan visual skill kanak-kanak.
- Kemahiran visual tidak berlaku secara semulajadi, tetapi perlu dilatih dan dirangsang melalui proses pembelajaran.
Nota:
Aktiviti ini sesuai umur anak seawal 11-12 bulan. Ibu bapa perlu memerhati anak untuk mengelakkan anak memasukkan buih ke dalam mulut. Banyakkan berkomunikasi dengan anak semasa anak bermain.
Semoga bermanfaat and have fun!
![]() |
| Zayd baru nak explore masukkan tangan dia |
![]() |
| Nampak tak seronok je Zayd tu dapat main? hehe |
JOM LAYAN VIDEO PULAK
FB: Fadzielah Ayub

