BASUH BERAK ADALAH QUALITY TIME BERSAMA ANAK

Bila suami mesej tanya isteri buat apa, isteri jawab:

"Baru basuh berak anak. Hari-hari dia berak. 😄"

Tak sangka suami jawab: 'Abah suka cuci berak anak. Time tu salah satu QUALITY TIME dengan anak.'

Hahaha. Tak tahu nak gelak ke tak. Jawapan yang tak pernah ummi terfikir abah akan jawab sedemikian. What??? Quality time??!

Bila difikirkan balik, tak ramai suami yang suka jaga anak, dalam ertikata lain contohnya basuh berak anak, mandikan anak, bagi anak makan dan sebagainya. Selalu baca luahan isteri, bab main dengan anak, suami ok. Tapi bila anak berak, anak nak mandi, anak nak makan, diserahkan pada maknya sahaja.

'Nak makan? pergi dekat ibu ye?'
'Ibu basuhkan berak dulu ye. Nanti sambung main dengan ayah.'
'Pergi dekat ibu. Ibu mandikan dulu adik. Bila dah wangi nanti kita main sama-sama.'
Ini adalah contoh dialog biasa berlaku. Kerja isteri katanya menjaga anak.

Dan itu belum lagi termasuk 'drama' dan 'aksi' pelik anak-anak dari saat diajak untuk basuh berak sehinggalah pakai pampers. Drama kejar-mengejar, pampers tercicir, taknak pakai pampers dan sebagainya.

Jadi bila suami menjawab basuh berak anak itu adalah QUALITY TIME, buatkan ummi tersedar. Betullah, bukan senang nak dapat peluang basuh berak anak. Dapat pula peluang usik mengusik anak dan melayan 'drama' dan 'aksi' yang menghiburkan hati.

Tunggu sahaja bila anak sudah besar, mana mungkin dapat peluang QUALITY TIME  itu lagi. Anak-anak pun dah malu dengan kita. Semua nak dibuat sendiri belaka.

Semoga selepas ini ummi belajar untuk lebih menghargai QUALITY TIME dengan anak.Terima kasih abah Zayd kerana mengingatkan ummi.😊

Alhamdulilah. Ummi bersyukur sebab abah Zayd banyak membantu ummi samada kerja rumah mahupun menjaga anak apabila berada di rumah. Menjadi seorang ibu sepenuh masa (suri rumah) tiada istilah rehat ataupun 'me-time'.

Apa-apa pun, ummi bersyukur.Alhamdulilah.