PASANG SAFETY GATE BABY DI DAPUR

Assalamualaikum,


Hari ini ummi nak share tentang Safety Gate untuk baby ini. Sebenarnya dah lama ummi berniat untuk pasang gate ini terutama dekat bahagian dapur.

Zayd makin hari perasaan ingin tahu sangat tinggi. Nak tahu apa yang ummi buat, nak tahu apa yang ada dekat dapur.

Ummi beli safety gate ini online. Harga pun berbaloi tak sampai RM130 mengikut kelebaran ruang tempat yang nak dipasang. Sebelum beli, pastikan ukur dulu ye untuk mengelakkan zaiz yang dibeli itu adalah betul. 😉

PASANG SAFETY GATE BABY DI DAPUR
Safety gate yang dah siap dipasang di dapur.
PASANG SAFETY GATE BABY DI DAPUR
Alhamdulilah, setakat ini ummi boleh masuk dapur dengan tenang.
Safety gate ini boleh dipasang di pintu masuk, tangga rumah atau mana-mana tempat untuk menghalang bayi atau anak-anak masuk. Cara pemasangan pula sangat mudah dan cepat. Sesuai untuk rumah sewa sebab tak perlu drill lubang di dinding. Jadi, tak perlu risau takut dinding rosak. 

PASANG SAFETY GATE BABY DI DAPUR
Contoh pemasangan safety gate
PASANG SAFETY GATE BABY DI DAPUR
Bukaan pintu boleh samada ke dalam atau keluar. Sangat fleksibel
PASANG SAFETY GATE BABY DI DAPUR
Contoh ukuran untuk tempat pemasangan. Harga berbeza mengikut saiz dan extension yang diperlukan
Zayd suka sangat tarik laci paling atas. Tempat ummi simpan sudu garfu semua. Kemudian sepahkan sudu ok lagi, yang ummi risau takut anak tercucuk garfu.

Ini salah satu ciri mak engineer yang dah biasa selesaikan masalah, pakai sodip kayu pun boleh untuk lock laci ini. Sodip kayu ini je paling panjang yang ummi ada.

Laci kedua pula tempat simpan segala jenis saiz plastik nak wrap makanan, sayur dan ayam semua. Itu satu hal lagi bila dia sepahkan, pening nak simpan balik plastik ikut saiz. Laci ketiga pula Zayd tak boleh tarik sebab berat. Tempat harta karun ummi simpan segala jenis tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, tepung kek semua bagai. 😄

Bertabahlah mak-mak sekalian bila bekerja di dapur bila anak turut sama masuk dapur. Alhamdulilah, lepas pasang safety gate ini, keselamatan anak pun lebih terjamin.

PASANG SAFETY GATE BABY DI DAPUR
Nampak tak gigih Zayd cuba tarik sodip tu? haha