ANAK SAYA TAK TAHU CAKAP MELAYU, TAHU ENGLISH JE..

Assalamualaikum,

Hari ini ilah tergerak hati nak share isu tentang bahasa kanak-kanak. Topik ini memang tidak asing lagi bagi ibu bapa masa kini. Mula-mula ilah pun pernah terfikir adakah perlu anak belajar 2 bahasa ni pada peringkat umur 6 tahun ke bawah? Kita pun struggle nak belajar 2 bahasa dalam satu masa, inikan pula kanak-kanak. Kadang-kadang stress juga bila tengok anak orang lain umur 3 tahun dah pandai speaking, aku ajar cakap bahasa melayu je. Dah itu bahasa yang kami guna hari-hari. Hehe.

Alhamdulilah. Persoalan ini terjawab masa dalam kelas hari tu. Lecturer pun ada kupas pasal isu ini juga. Dan.... ilah sendiri jumpa kanak-kanak melayu yang tak tahu cakap melayu, tetapi english je. At the end, kanak-kanak tersebut ada masalah berkomunikasi untuk bermain dengan rakan sebaya dan menyebabkan self-esteem rendah.

Anak saya tak tahu cakap Melayu, tau cakap English je dan sekarang dia cakap Jargon. Apa itu Jargon? ilah pernah kongsikan dalam post sebelum ni. Klik sini untuk baca.


Perkongsian ini mungkin sedikit pahit tetapi inilah kenyataan yang kita perlu tahu dan terima dengan hati terbuka.

Bahasa English itu anak dapat dari mana kalau bukan dari ibu bapa yang bercakap guna bahasa rojak, youtube atau kartun di tv kan? Kadang-kadang bila anak speaking berbunyi slang pun dah tahu anak banyak belajar dari youtube. Hehe

Ketahuilah bahawa anak yang pandai berbahasa English bukan satu ukuran tahap intelektual anak. Bahasa adalah alat komunikasi untuk dan ianya adalah bahasa pertama yang mereka terima dalam pembelajaran mereka. Bukan jenis bahasa yang menjadi ukuran tetapi APA yang mereka tuturkan dan sampaikan adalah penting untuk mengukur tahap perkembangan sosial dan kognitif mereka.

KENAPA English senang untuk diajar dan anak senang nak pickup?

Ini adalah kerana  penggunaan suku kata dan ayat Enlish adalah yang pendek. Contoh it's ball= Bo+la  Eat = Ma+Kan, One= Sa+tu. Nampak perbezaan jumlah sukukata kan?

Boleh jika ingin bermula dengan bahasa English atau Melayu atau apa jenis bahasa sekalipun. Selagi pembelajaran pertama bukan ROJAK (campur) dan bahasa yang disokong persekitaran yang konsisten.

Gunakan satu jenis bahasa lebih baik pada peringkat awal pembelajaran kanak-kanak. Kalau mak ayah kahwin lain negeri lain pilih satu jenis bahasa untuk anak. Jangan pula perli bila mak ayah asal pantai timur, tapi bercakap dgn anak bahasa KL. Mungkin itu yang terbaik bagi anak mereka. 😉

Ummi Zayd pula pilih bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Senang untuk berkomunikasi  dan bergaul dengan pelbagai lapisan umur. Biarlah orang cakap anak tak pandai speaking pun. Tak ajar speaking ke?😉😂

Satu kajian dijalankan di Korea buat perbandingan kanak-kanak belajar bahasa English  selama 2 tahun peringkat tadika adalah sama dengan kanak-kanak umur 9-10 tahun hanya belajar dalam masa 6 bulan sahaja! Jadi kenapa perlu paksa anak belajar pada usia awal?

Banyak lagi kalau nak huraikan bilingualmultilingual ni. Multilingual ni biasanya untuk parent yang stay foreign country atau mix marriage.

Oleh sebab itu negara maju seperti Korea, Jepun menggunakan bahasa mereka.

Jom ambil tahu, bukan terikut-ikut orang. Jangan ikut kehendak kita, tapi ikut keperluan anak. 😊