DOA DIPERMUDAHKAN URUSAN

Assalamualaikum.

Sekadar untuk berkongsi pengalaman yang manis di pagi Jumaat. Pagi tadi ilah singgah Pasar Selayang. Lepas tu breakfast dekat food court makan kue teow goreng.

Sedang makan, tiba-tiba ada seorang makcik bersama anak perempuannya duduk sekali. Memang kebetulan meja kosong waktu itu.

Kami pun sembang. Segan pula makan tak bertegur kan. Makcik tu duduk Rawang, tapi setiap hari Jumaat suka breakfast di sini.

Agak lama kami berbual sampai habis kue teow goreng sepinggan dan teh o ais segelas. Dihujung perbualan kami, makcik tu pesan. Jangan lupa amalkan doa " Allahumma yassir wala tu'assir."

Apa pun kita buat, biar Allah yang tunjukkan jalan. Kalau rasa hati berbolak balik, ikut sahaja jalan yang Allah dah bagi. Redah je dan tawakal.

Allah.. Memang dah lama tak amalkan doa ni. Ada sebab Allah pertemukan makcik itu hari ni. Nasihat dan pesan makcik tu bagai menusuk jauh ke dalam hati. Sentap pun ada.

Bila difikirkan balik, saat kita diuji dengan kesusahan, rasa resah.. Kita mengeluh tanpa sedar. Kita rasa kita tak berdaya dan tak mampu. Berat sungguh saat ditimpakan ujian. Namun kita lupa untuk kembali kepada si Pemberi Ujian itu. 

Terima kasih untuk peringatan. Sesungguhnya Allah jua la tempat kita bergantung disaat kita diuji dan dalam kesusahan.

Beautiful reminder ♥️


Terima kasih Ya Allah.