LAMA TAK NAMPAK?

Assalamualaikum,

Sejujurnya memang rasa lama betul  tak aktif media sosial sampaikan ada kawan bertanya ilah ok ke? 😁

Alhamdulilah ok sahaja. Cuma 2-3 bulan ni sibuk fokus pada study dan beberapa hal lain. Kekadang sibuk juga pergi training itu dan ini untuk tambah ilmu. Tak sempat nak kongsi di media sosial. Agaknya betullah orang kata, makin umur bertambah makin kurang rasa hendak bersosial. Adakah ini tanda diri ini sudah matang? Haha.

Pejam celik dah habis 2 semester #MasterJourney_FA. Cepat je masa berlalu dalam sedar dan tidak sedar. Dalam kepala dah kena plan next step lepas habis study hujung tahun depan (2020). InsyaAllah, kalian tolong doakan ye.

Kalau ikutkan 2 hari lepas ilah ada final exam (21-22 Ogos 2019) untuk subjek Academic Writing dan Issues & Trends In Early Chidlhood Education. Habis exam, terus reward diri makan KFC. Alang-alang memang niat nak belikan untuk Zayd sebab nak celebrate ummi habis exam. Haha. Nak tunggu abah Zayd, minggu depan baru boleh celebrate.


Sejujurnya, pilihan untuk kurangkan masa di media sosial adalah yang terbaik untuk fokus kepada priority sekarang.

1. Dah tiba masanya nak kembali ambil kisah pasal kesihatan dan rajinkan diri jumpa dr after 3years. 😜

2. Nak fokus study. Bukan study untuk segulung sijil semata-mata, tapi untuk belajar, memahami dan apply pada masa yang sama. InsyaAllah nak habiskan study seperti plan.

3. Anak. Bila jauh dengan husband ni, of course masa dan tenaga banyak pada anak. Ada masa penat tapi seronok especially dalam fasa perkembangan anak sekarang.  Rugi ada ilmu kalau tak beramal.

Terima kasih buat sahabat-sahabat kenalan dari zaman sekolah dan kenalan dari media sosial yang support dan prihatin. Ada sahabat yang kenal dari IG, tapi boleh jadi kawan baik di luar pula.

InsyaAllah. Doakan urusan kita semua dipermudahkan ye. 😊

Sebenarnya banyak benda nak menulis namun pada masa yang sama nak kurangkan masa di facebook dan IG. Teringat pesan yang pernah dibaca dari somewhere (lupa dah samada di FB atau buku), sebenarnya apa yang kita baca mempengaruhi dan boleh membentuk diri kita, cara kita berfikir, tingkahlaku dan cara kita respon terhadap sesuatu.

Sekarang, ilah sangat berhati-hati jaga apa yang ilah baca. Bila umur makin meningkat, rasa makin suntuk untuk menuntut ilmu dan lalu terfikir apa kah manfaat yang boleh aku berikan pada orang lain? Adakala kita rasa tak cukup masa, tapi pada masa yang sama banyak juga kita habiskan masa untuk perkara sia-sia kan?

Mungkin lepas ni akan aktif di blog je dan sekarang pun dalam fasa untuk detox media sosial. Apa itu detox media sosial? Nanti ilah share okeh? 😉

Satu je nak cakap, KFC Tesco Selayang memang tak kedekut cheese. Haha