BOLEHKAH IBU MENYUSU MINUM KOPI?

Assalamualaikum,

"Boleh ke ibu menyusu minum kopi?
Tak bahaya ke ambil kaffein?
Baby tak meragam ke kalau ibu minum kopi"

Ini antara persoalan ibu menyusu yang suka minum kopi. Nak minum, takut beri kesan pada bayi pula kan? Banyak kerisauan dan persoalan pantang larang makan dan minum dalam penyusuan. Betul ke tak boleh minum langsung kopi?

Bahan aktif dalam kopi adalah kafein dan ia boleh disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

TAPI, ibu jangan risau kerana kuantiti yang tersalur dalan susu ibu hanyalah 0.06%-1.5% dari apa yang dikesan dalam darah ibu. Pendek kata, sikit sangat kuantiti tu dan langsung tidak akan beri kesan kepada bayi yang sihat dan normal.

KAJIAN TERHADAP PENGAMBILAN KOPI & PENYUSUAN

1. Kajian dan fakta dalam buku teks Breastfeeding and Human Lactation, (2010) mengatakan bahawa TIADA kesan kepada degupan jantung dan tempoh tidur bayi walaupun ibu minum 5 cawan kopi selama 5 hari berturut-turut. Kajian ini terpakai untuk bayi normal dan cukup bulan. Bayi pramatang mungkin menunjukkan kesan sampingan yang berbeza.

2. Ibu yang minum kopi lebih daripada 3 cawan sehari (bergantung pada kandungan kafein dalam minuman itu), zat besi dalam susu ibu mungkin akan berkurangan terutamanya pada minggu awal penyusuan. Jadi, cuba elakkanlah minum kopi masa dalam pantang.

Persatuan Pediatrik Amerika (AAP) membenarkan pengambilan kafein atau kopi semasa menyusukan anak iaitu tidak lebih 300mg kafein atau lebih kurang 3 cawan kopi sehari kerana tidak mendatangkan mudarat pada bayi.
Apa-apa pun, bersederhana itu lebih baik. Seorang ibu pastinya tahu apa yang lebih baik untuk diri dan bayinya. Peka terhadap perubahan bayi sebelum buat keputusan untuk terus ambil atau hentikan sesuatu pemakanan.

Jangan terlalu pantang makan itu ini sehingga ibu tertekan dan rasa penyusuan ibu adalah menyusahkan. Melainkan memang anak betul-betul ada masalah alahan pada makanan tertentu.  Ada sesetengah ibu menyusu, kopi adalah milkbooster kerana ibu rasa gembira apabila dapat minum kopi.

Bagi ibu seperti saya yang suka minum kopi sekali sekala, saya tak risau bila ada bukti dan kajian ini. 😊


Salam Penyusuan dari saya,
FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA