Aktiviti awal pagi Ahad.
Baru nak keluarkan bendera dan gantung kat depan rumah. hehe.
Ini antara salah satu tradisi keluarga setiap tahun untuk cuba terapkan semangat patriotik dalam diri anak-anak.
Walaupun hanya sehelai kain 4 warna, tapi inilah kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia.
Setiap tahun bulan Ogos, ayah saya pasti akan gantung dan pacak bendera sekeliling rumah. Rumah jadi berseri dan ceria. Lagi-lagi bila angin petang bertiup pasti semua bendera berkibaran.
Saya cuba ikut dan hidupkan tradisi ini pada keluarga kecil saya pula. Bendera ni recyle je dari tahun-tahun lepas. Habis bulan september sempena Hari Malaysia, kami akan cabut dan simpan kembali. hehe
Semoga apa pun berlaku, kita tetap berdiri teguh pertahankan tanah air tercinta.
Bila kita sudah tua tiada daya, anak-anak kita pula penyambung usaha kita.
Semoga Allah pelihara tanah air kita. ❤️
Bila gantung bendera, banyak soalan-soalan dari anak yang saya rasa adalah satu titik permulaan yang baik untuk bercerita dan explain pada anak.
Kenapa gantung bendera Malaysia?
Merdeka tu apa?
Kenapa dulu ada orang jahat duduk kat Malaysia?
Lawan tembak-tembak ke?
Open ended questions & answers yang mungkin takde kesudahan dapat membuka fikiran anak-anak dan rasa ingin tahu makna KEMERDEKAAN.
Ada banyak cara untuk kita tanamkan semangat patriotik dalam diri anak-anak. Sebagai contoh jika di sekolah ada tema kemerdekaan. Macam-macam aktiviti yang dilakukan di sekolah sempena bulan kemerdekaan. Bila sekolah ditutup, why not kita teruskan aktiviti tersebut di rumah dan jadikan satu tradisi keluarga kan?
Secara tak langsung, buatkan saya sendiri terfikir, apakah makna kemerdekaan ini pada kita? Apakah sumbangan kita pada negara? Adakan kita betul-betul pertahankan negara ini untuk anak cucu kita?
Haihh. sebak pulak tiba-tiba. Jauh pulak berfikir pagi ini. hehe

