RESEPI BURNT CHEESE CAKE KHAIRUL AMING THERMOMIX TM6 YANG MUDAH


Walaupun dalam cookidoo dah ada resepi burnt cheese cake, tapi kali ini saya buat secara manual ikut resepi khairul aming. Memang mudah sangat okeh. 😊

BURNT CHEESE CAKE THERMOMIX 
resepi Khairul Aming

Bahan-bahan:
-250g cream cheese 
-200g whipping cream 
-1/2 cawan gula
-2 biji telur
-1 biji kuning telur
-2 sudu besar tepung gandum
-1sk esen vanila
-Secubit garam

Cara-cara:
1-Masukkan semua bahan dalam mixing bowl. Blend [20sec/sp.6]
2-Tuang dalam loyang.
3-Bakar guna api atas bawah, dengan suhu 180°c selama 40minit. Ikut oven masing-masing.  Kemudian 5 minit api atas sahaja.
4-Rasa dah hangus permukaan kek tu, boleh turn off oven. Biar sekejap. 
Sedap bila makan sejuk yang dikeluarkan dari peti. 😊



Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor