RESEPI HOMEMADE SOY MILK / AIR SOYA THERMOMIX TM6

Assalamualaikum,

Kali ini saya nak berkongsi pengalaman pertama kali saya buat air soya sendiri. Pertama kali juga saya minum fresh and warm homemade soy milk. 

Sedap rupanya soya suam ni berbanding soya sejuk dan dalam kotak atau beli diluar. Air soya fresh memang lain rasanya. Paling tak sangka, tak susah seperti yang disangka. 

Resepi ini saya follow dari Cookidoo sahaja. Antara kelebihan homemade soya milk ni kita boleh control dan pilih bahan-bahan yang digunakan seperti menggunakan non-gmo kacang soya dan gula organik atau langsung tidak letak gula.

Jomm kita tengok resepi dan cara membuatnya.

HOMEMADE SOY MILK / AIR SOYA THERMOMIX

Bahan A:
200g kacang soya

Bahan B:
Kacang soya yang direndam
600g air

Bahan C:
600g air

Bahan D:
Air soya yang ditapis
3 helai daun pandan yang disimpul

Bahan E:
60-80g gula putih secukup rasa

Cara-cara:
1. Search di Cookidoo 'Soy Milk' dan Start Cooking
2. Rendam kacang soya semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam. Tapis menggunakan simmering basket dan bilas dengan air.
3. Masukkan bahan B ke dalam mixing bowl dan blend [1 min/sp.8]
4. Masukkan Bahan C dan mix lagi [10sec/sp.3].
5. Tapis air soya menggunakan penapis atau kain. Kemudian bilas mixing bowl sehingga bersih.
6. Masukkan bahan D dan masak [18min/90'C/sp.2]. Buka measuring cup dan letakkan simmering basket diatas penutup.
7. Masukkan bahan E dan mix [1min/sp.2]

Link Cookidoo:
https://cookidoo.international/recipes/recipe/en/r364760

Sedia untuk dihidangkan. Sedap diminum ketika suap dan juga sejuk. Selamat mencuba~ 😊

Ini kacang soya yang telah direndam. Saya buang kulit soya terlebih
dahulu sebelum blend.
Fresh and warm soy milk by thermomix
Homemade soy milk. Sedap diminum ketika suam atau sejuk
Sedia untuk dihidangkan


Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor