
Assalamualaikum,
Kali ini saya nak kongsikan lauk sayur kegemaran saya iaitu bayam. Cuma bezanya kita buat sayur bayam ni berkuah sedikit.
Jom kita tengok resepi dan cara masak bayam masak air menggunakan thermomix.😃
RESEPI SAYUR BAYAM MASAK AIR THERMOMIX
Bahan A:
10g minyak masak
1 ulas bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
Sedikit ikan bilis
*1 tangkai cili jika ingin pedas
Bahan B:
Carrot yang dipotong
1 ikat bayam hijau
80-100g air
1/2 sk garam secukup rasa
1 sb sos tiram
*fish ball/fishcake (optional)
Cara-cara:
1. Masukkan Bahan A dan tumis [3min/120'C/sp.1]
2. Masukkan Bahan B dan masak [4-5min/120'C/reverse,spoon]