TM6: MEE REBUS TERENGGANU THERMOMIX


Assalamualaikum,

kali ini saya nak share resepi mee rebus terengganu. Mee rebus terengganu ni agak berbeza dengan mee rebus negeri lain. Masakan lebih simple, tapi sedap. Kebiasaannya mee rebus ini jadi feveret apabila masuk musim hujan. Sedap makan bila panas-panas. 😁

TM6: MEE REBUS TERENGGANU THERMOMIX

Bahan A:
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

Bahan B:
30g minyak masak
1 sk serbuk lada hitam

Bahan C:
Protein (ayam,daging, isi ikan etc.)
700g air

Bahan D:
300g mee kuning
Sayur (carrot, kubis, sawi hijau, tomato, etc..)
Cili (jika ingin pedas)
Fishball (optional)
Udang (optional)
1 sb sos tiram
1/2-1 sk garam secukup rasa

Bahan E:
2 biji telur

Cara-cara:
1. Masukkan bahan A dan blend [5sec/sp.6]
2. Masukkan bahan B dan tumis [4min/120'C/sp.1]
3. Masukkan bahan C dan panaskan air [8min/100'C/reverse, spoon]
4. Masukkan bahan D. Tambah air masak jika mee lebih atau ingin lebih berkuah dan rebus mee [7min/100'C/reverse,spoon]. Kacau mee guna spatula.
5. Masukkan bahan E iaitu telur satu persatu melalui lubang penutup pada 3 minit terakhir. Tutup measuring cup supaya telur masak.

Nota:
1.Pastikan air tidak melebihi paras max level pada step 4.
2. Boleh asingkan mee dan steam mee & sayur sawi jika ingin makan kemudian guna suhu varoma pada step 3 dan masak [15min/varoma/reverse, spoon].
 
Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba~ 😊

Masukkan Bahan A

Hasil selepas blend bawang beberapa saat sahaja

Masukkan Bahan B dan tumis

Hasil selepas tumis

Masukkan Bahan C iaitu protein

Masukkan air

Masukkan Bahan D

Masukkan Bahan D

Mee rebus dah siap masak

Sedia untuk dihidangkan

Comfort food musim hujan 😁

Tonton video penuh cara memasak di sini 😃

 Thank You,
FADZIELAH AYUB
Your Friendly Thermomix Advisor