AYAM MADU BEREMPAH COOKIDOO THERMOMIX TM6

Salah satu resepi masakan ayam dalam Cookidoo yang wajib anda cuba kerana penyediaannya begitu mudah dan cepat. Rasa ayam yang bersalut rempah dan manis madu menjadikan masakan ini sangat menyelerakan. Resepi ini juga boleh dibuat untuk ayam bakar.

TM6: AYAM MADU BEREMPAH COOKIDOO THERMOMIX

Bahan A:

5 tangkai cili kering direndam
30g (3-4 ulas) bawang merah
10g (3 ulas) bawang putih
15g halia
20g air

Bahan B:

50g minyak masak
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 sk serbuk pelaga
1/2 sk serbuk kayu manis

Bahan C:

600-900g ayam
50g tomato puree/sos tomato
1 sb gula perang
1 sk garam

Bahan D:

20g madu

Cara-cara:

1. Search di Cookidoo "Ayam Madu Berempah (Honey Spiced Chicken)' https://cookidoo.international/recipes/recipe/en/r231747
2. Rendam cili kering dengan air panas sehingga lembut.Masukkan bahan A dan kisar [30sec/sp.10].
3. Masukkan bahan B dan tumis [5min/120'C/sp.1].
4. Masukkan bahan C dan masak [10min/varoma/reverse, sp.1].
5. Masukkan bahan D dan masak lagi [4min/varoma/reverse, sp.1]

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba~ 😊

Nota/tips:
Boleh bakar dalam air fryer 10-15min/180-200'C. Masa dan suhu bergantung jenis AF masing-masing.



Lihat Full video ⤵️



Gambar step by step ⤵️
https://www.facebook.com/share/p/7KkNKx8Xkx9jBaE5/?mibextid=WC7FNe

Get your Thermomix today ⤵️

FADZIELAH AYUB
Thermomix Advisor
013-972 9482