CUCUR UDANG THERMOMIX TM6

Nak buat cucur udang ini sebenarnya mudah sahaja. Caranya sama sahaja seperti buat cucur yang lain. Cuma ada beberapa bahan yang berbeza digunakan untuk menjadikan cucur udang ini rasa rangup di luar dan lembut di dalam. Bila makan, terasa puas sekali kerana sedap, boleh pilih nak gunakan udang saiz apa dan banyak mana. Yang penting sangat menjimatkan dan mudah untuk disediakan menggunakan Thermomix.


TM6: CUCUR UDANG THERMOMIX

Bahan A:

50g air
2 sk (6g) yis
1 sk gula

Bahan B:

250g tepung gandum
2 sb tepung beras
1 bj telur
1 sk garam
1/2 sk serbuk kunyit
250g air

Bahan C:

Daun kucai
Carrot
Bawang besar
Taugeh

Bahan D:

Udang putih 

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan A dan mix [2min/37'C/sp.1] untuk aktifkan yis.
  2. Masukkan bahan B dan mix [20sec/sp.3].
  3. Masukkan bahan C dan gaul sebati menggunakan spatula.
  4. Tuang adunan ke dalam bekas dan rehatkan sekurang-kurangnya 15 minit sehingga adunan kembang. Anda boleh gunakan function timer pada skrin.
  5. Panaskan minyak dan senduk. Letak adunan dan udang. Goreng sehingga masak. Lihat video cara buat bentuk bulat.
Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba~ 😃

Nota/tips:
Boleh hidangkan dengan homemade Thai Sweet Chili Sauce. Lihat post & video sebelumnya.

                            


Lihat Full video ⤵️

Gambar step by step ⤵️

https://www.facebook.com/share/p/19wrDp4hmB/?mibextid=WC7FNe

Get your thermomix today ⤵️

FADZIELAH AYUB
Thermomix Advisor
013-972 9482