PAU SAMBAL (MALAYSIA BURGER) COOKIDOO THERMOMIX TM6

 

Pau sambal atau turut dikenali sebagai burger Malaysia kerana rupa dan bentuknya seakan seperti burger yang berintikan sambal bilis. Anda wajib mencuba kerana resepinya yang sangat mudah dan simple. Resepi sambal bilis yang sama sesuai juga untuk sambal nasi lemak, lempeng dan sebagainya. Manakala resepi doh yang sama anda boleh gunakan juga untuk buat donut. Semoga bermanfaat.

TM6: PAU SAMBAL (MALAYSIA BURGER) COOKIDOO THERMOMIX

➡️ SAMBAL BILIS

Bahan A:

20g cili kering / 2sb (40g) cili kisar
150g bawang besar/merah
20g ikan bilis

Bahan B:

50g minyak masak
100g (1 biji) bawang besar dihiris

Bahan C:

30g ikan bilis
1/2 sk garam
10g (1sb) gula
10g (1sk) pes asam jawa
20g air

Cara-cara:

  1. Search di Cookidoo 'Pau Sambal (Malaysia Burger) https://cookidoo.international/recipes/recipe/en/r591606.
  2. Masukkan bahan A dan kisar [30sec/sp.10]. Scrape down dan kisar lagi [20sec/sp.10].
  3. Masukkan bahan B dan tumis [8min/120'C/sp.1].
  4. Masukkan bahan C dan masak [2min/varoma/reverse, spoon].
  5. Tuang sambal ke dalam bekas dan ketepikan seketika.

➡️ BURGER BUNS

Bahan A:

200g air
20g gula
2 sk yis
20g butter
1 biji telur

Bahan B:

400g tepung gandum
1 sk garam

Bahan C: (optional)

Timun
Salad

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan A dan mix [2min/37'C/sp.2] untuk aktifkan yis.
  2. Masukkan bahan B dan uli doh [dough mode/3min].
  3. Buka mixing bow untuk mudah keluarkan doh. Bentukkan doh bulat besar, tutup dan rehatkan doh sekurang-kurangnya 10 minit.
  4. Bahagikan doh kepada saiz kecil (35g). Tekan sedikit doh dan rehatkan doh sekurang-kurangnya 10 minit.
  5. Panaskan minyak dan goreng sehingga warna keperangan.
  6. Potong burger buns separuh dan letakkan sayur serta sambal.

Nota/Tips:
Sapu minyak di tangan untuk elakkan doh melekat.

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba~ 😃



Lihat Full video ⤵️

Gambar step by step ⤵️

https://www.facebook.com/share/p/19d3JVjZB3/?mibextid=WC7FNe


Get your thermomix today ⤵️

FADZIELAH AYUB
Thermomix Advisor
013-972 9482