SAMBAL BERLADA BUNGA KANTAN THERMOMIX TM6

 

Untuk peminat laksa, anda wajib mencuba sambal bunga kantan ini kerana aroma dan rasa dari bunga kantan menjadikan sambal berlada ini sangat sedap.

TM6: SAMBAL BERLADA BUNGA KANTAN THERMOMIX

Bahan A:

1/2-1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 cili merah besar (buang biji)
15-20 cili merah kecil
15g ikan bilis
2 btg bunga kantan dihiris halus
1/2 sk belacan (optional)
90-100g minyak masak

Bahan B:

1-1 1/2 sk garam secukup rasa
1 sb gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan A dan tumis [10min/120'C/sp. 0.5].
  2. Masukkan bahan B dan kisar [5-6sec/sp.6]. Adjust masa atau speed ikut tekstur yang anda ingin.
  3. Scrape down dan tumis lagi [5min/120'C/sp. 0.5].
  4. Rasa sambal dan tambah perasa (gula & garam) jika perlu kerana tahap pedas cili adalah berbeza. Masak lagi [3min/120'C/sp. 0.5].

Bau sambal bunga kantan ini sangat wangi dan rasa sedap. Selamat mencuba~ 😃




Lihat Full video ⤵️

Gambar step by step ⤵️

https://www.facebook.com/share/p/1GQnb4umif/?mibextid=WC7FNe


Get your thermomix today ⤵️

FADZIELAH AYUB
Thermomix Advisor
013-972 9482