BENDI GORENG TELUR THERMOMIX TM6

Jom Che Lah kongsikan menu bendi goreng telur campur telur. Memang sedap bila makan dengan nasi putih yang suam atau panas. 

TM6: BENDI GORENG TELUR THERMOMIX

Bahan A:

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah kecil
10g ikan bilis

Bahan B:

20g minyak masak

Bahan C:

8-10 btg bendi dipotong
1/2 sk garam secukup rasa

Bahan D:

1 biji telur

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan A dan kisar [5sec/sp.6].
  2. Masukkan bahan B dan tumis [4min/120'C/sp.1].
  3. Masukkan bahan C dan masak [5-6min/120'C/reverse, sp.0.]. Angkat sedikit measuring cup (Mc) atau buka MC dan letakkan 1 biji telur 3 minit terakhir.
Tips:
  • Basuh dan toskan bendi sehingga kering.
  • Elakkan masak bendi terlalu lama supaya tidak berlendir.
  • Anda boleh angkat sedikit measuring cup atau buka measuring cup dan letakkan telur perlahan-lahan.
  • Bendi dan telur mungkin kelihatan sedikit basah selepas masak. Biarkan seketika sehingga sejuk.
Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba~ 😊 



Lihat Full video ⤵️


Gambar step by step ⤵️
https://www.facebook.com/share/p/15qpr7WCjk/?mibextid=wwXIfr


Get your thermomix today ⤵️

FADZIELAH AYUB
Thermomix Advisor
013-972 9482