KARI IKAN MERAH THERMOMIX TM6


Nak masak kari sedap tapi taknak dapur berkecah semasa menumis? Jangan risau sebab Che Lah nak kongsikan resipi Kari Ikan Merah menggunakan Thermomix. Kalau nak ganti dengan ikan lain pun boleh. Ok jom kita tengok step by step.

TM6: KARI IKAN MERAH THERMOMIX

Bahan A:

1 pek (25g) serbuk kari ikan
1 sb serbuk cili
Sedikit air

Bahan B:

6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1" halia
30g air

Bahan C:

1 sk halba campur
2 tangkai daun kari
90-100g minyak masak

Bahan D:

1 sk pes asam jawa
300-350g air

Bahan E:

Ikan merah
5-6 btg bendi
1 biji tomato dipotong
150-200g santan
Air (jika perlu)
1-1 1/2 sk garam secukup rasa
20g nissang/gula melaka secukup rasa

Cara-cara:

  1. Bancuh serbuk kari ikan dan cili dengan air.
  2. Masukkan bahan B dan kisar [10sec/sp.10].
  3. Masukkan bancuhan serbuk kari dan cili serta bahan C. Tumis [10min/120'C/sp.1].
  4. Letakkan blade cover jika ada. Masukkan bahan D dan masak [8min/100'C/sp.1].
  5. Masukkan bahan E dan masak [5-8min/98'C/reverse,spoon]. Tambah masa jika saiz ikan besar/tebal.
  6. Tuang ke dalam periuk atau bekas.
Nota/tips:
Jika tiada blade cover, letak ikan secara melintang atas blade supaya ikan tidak terlekat celah blade. (Lihat video)

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba~ 😃



Lihat full video ⤵️

Get your thermomix today ⤵️

FADZIELAH AYUB
Thermomix Advisor
013-972 9482