Thank you 9k Subscribers!!


Thank you 9K subscribers! Alhamdulilah. Maybe nampak kecil bagi orang lain tapi besar makna bagi Che Lah.

Bila ingat balik start share video masak-masak tahun 2021, kelakar pun ada. Ikutkan saya pun malu nak buat video masak-masak ni walaupun tak tunjuk muka. Ye la, dapur biasa-biasa jer, background pun tepek wall paper jer. Suara pun kelakar jer rasa. Tengok balik dan dengar suara sendiri rasa nak menyorok je sebab malu! Haha

Tapi redah je lah. Sebab niat untuk kongsi dan tunjuk cara masak guna thermomix. Sebab saya yakin ramai yang macam saya iaitu jenis visual learner.

Visual learner ni macam mana?

Kalau baca resipi sahaja, rasa macam susah jer nak buat. Kadang-kadang tak faham step tertentu. Akhirnya malas nak buat. 🤪

Tapi kalau ada video dan gambar, kita akan nampak proses dari mula sampai siap tu macam mana. Baru lah rasa 'ooooo macam tu. Oooo senang je rupanya..' Terus ada confidence nak buat.

Masa tu tak banyak content tunjuk cara masak guna thermomix dekat youtube. Gigih search dekat ig/fb sebab nak tengok CARA dan PROSES, bukan hasil semata-mata. Tapi tak se-details macam video di youtube macam che nom, limau nipis dan sebagainya.

Masa tu la dapat ilham nak start sharing dekat youtube. Sebab saya pun banyak belajar masak-masak dari youtube.

Saya harap lebih ramai orang pandai guna thermomix dan manfaatkannya sebaik mungkin sebab realitinya masak guna thermomix ni memang mudah! Yang susah kalau tak tahu, tak pandai, takde advisor guide dan support group.

Walaupun korang tak beli thermomix dengan Che Lah, Doakan Che Lah murah rezeki, rajin dan konsisten sharing content thermomix ni. Kalau ada kawan-kawan, family atau kenalan korang yang dah lama survey thermomix, bolehlah recommend & refer Che Lah ok 😉

Every small achievement counts. Keep going! 🌷

Jom target 10K subscribers & first 1000 videos pula.💪🏻


Get your thermomix today ⤵️

FADZIELAH AYUB
Thermomix Advisor
013-972 9482