Assalamualaikum,
Ramai kalangan ibu yang ada anak kecil tertanya-tanya dan masa confuse untuk gunakan olive oil atau minyak Zaitun. Nak guna yang jenis macam mana?
Apa pula beza antara EXTRA VIRGIN OIL dengan PURE OLIVE OIL?
Walaupun kedua-dua ini namanya minyak zaitun. Tapi ianya tak sama fungsi dan rasa. Minyak zaitun ni ada gred-gred tertentu.
Antara extra virgin oil dan pure olive oil, yang mana lebih baik? Kalau nak tau mana yang lagi baik, kita tengok pada kandungan acidity dia. Acidity untuk yang high quality mestilah 0.8% ke bawah untuk extra virgin oil. Kalau untuk pure olive oil pulak acidity dia 2% keatas.
Olive oil / pure olive oil:
Kalau nak masak (menumis, menggoreng), gunalha "pure olive oil". Pure olive oil ini pada asalnya minyak zaitun yang tidak boleh dimakan sebab bau dengan rasa yang tak sedap. Acidity pula lebih tinggi berbanding minyak zaitun extra virgin.
Jadi minyak zaitun ni akan diproses supaya boleh dijual. Lepas diproses, warna dan rasa akan hilang. Jadi minyak zaitun ni akan dicampurkan dengan virgin olive oil sedikit supaya ada aroma dengan rasa buah zaitun. Biasanya 85% minyak zaitun yang di proses dan lagi 15% virgin olive oil.
Selepas diproses, minyak ini sesuai untuk kita masak seperti menggoreng dan menumis. Warna minyak zaitun pure ni lagi cerah dan rasa pun lagi natural. Tak rasa pahit minyak zaitun.
Extra virgin olive oil:
Kalau yang extra virgin oil pulak biasanya diperah secara perahan sejuk supaya khasiat, warna dan rasa dia tak terjejas. Minyak ni sesuai untuk makan terus ataupun dressing salads (sayur-sayuran).
Minyak zaitun extra virgin tidak digalakkan untuk menggoreng atau menumis kerana khasiatnya boleh terjejas dan boleh menyebabkan hipertrigliseridemia iaitu lebihan lemak dalam darah apabila terdedah dengan suhu yang panas.
Jadi, kalau kalian nak gunakan minyak zaitun dalam masakan, beli yang jenis olive oil atau pure olive oil dan bukannya jenis extra virgin olive oil.
Tetapi jika nak gunakan minyak zaitun sebagai makanan tambahan (supplement) dalam makanan, beli yang extra virgin olive oil kerana tinggi oksida dan mengandungi banyak khasiat yang lain. Nak letakkan dalam makanan baby pun boleh. 😊
Nota: Minyak zaitun perlu disimpan pada tempat yang kering dan gelap supaya tidak terdedah langsung pada cahaya matahari supaya khasiat dan kualiti dia tak terjejas. Sebaiknya beli dalam botol kaca yang gelap.
Jangan tertukar pulak ye jenis minyak zaitun ni ye.
Untuk baby yang underweight atau preterm, dietitian selalu suggest untuk letak minyak/mentega/butter dalam makanan untuk naikkan berat badan. Ada banyak pilihan tapi ilah pilih untuk guna minyak zaitun atau olive oil dalama makanan anak (bawah 1 tahun). Selain naikkan berat badan, penyerapan kalsium meningkat serta tinggi kandungan antioksidan.
Klik untuk baca PERLUKAH TAMBAH MINYAK DALAM MAKANAN BAYI?
visit myblog: https://suricergas.blogspot.com/