PERLUKAH TAMBAH MINYAK DALAM MAKANAN BAYI?

Assalamualaikum,

Post sebelum ini ilah ada share beza jenis olive oil atau minyak zaitun. Hari ni nak share pula perlu atau tidak tambah minyak dalam makanan bayi? Apa guna tambah minyak dalam makanan bayi? 

Biasalah kebanyakkan first time mommies ni banyak persoalan dan tak tahu terutama bila anak dah masuk 6 bulan. Ramai yang share resepi makanan baby letak minyak. Kita pun confuse adakah selamat untuk gunakan minyak dalam makanan bayi? Jadi kali ini ilah nak share info yang telah dikongsikan oleh dietitian Fizah Sobri.


Banyak persoalan yang diajukan oleh ibu-ibu antaranya:
Perlu ke saya tambah minyak dalam bubur anak?
Minyak apa yang sesuai untuk makanan baby?
Tak boleh minyak kelapa sawit kan? Olive oil je kan? itu pun extra virgin. Tapi kalau tak mampu macam mana?
Kalau tak letak boleh ke?
Anak akan cukup zat tak?
Bahaya tak kalau tambah minyak dalam makanan anak?
dan banyak lagi tentang persoalan MINYAK dalam makanan anak. hehe

First, kita kena fahami dulu konsep MENGAPA minyak dicadangkan untuk tambah dalam masakan

Apakah fungsi minyak?
Minyak adalah sebagai sumber lemak yang memberi kalori kepada yang memerlukan. 1 sudu kecil minyak memberi 45kcal berbanding dengan 1 sudu kecil simple karbohidrat iaitu 20 kcal.

Siapakah yang memerlukan lemak/minyak tersebut?
SEMUA ORANG termasuk bayi memerlukan lemak tetapi yang penting adalah KUANTITI.
Jika ambil secara berlebihan boleh menyebabkan badan senang gemuk disebabkan kalori nya yang berlebihan. Sebab itu tidak digalakkan mengambil makanan bergoreng secara berlebihan. Nak turunkan berat badan pun kena kurangkan makanan bergoreng.

Bagi baby pula, ibu boleh RUJUK BUKU PINK/BIRU baby.


❤ 6- 8 BULAN
1 sudu kecil sahaja atau bersamaan dengan beberapa titis dalam makanan 2-3 kali sehari.

❤ 9 - 11 BULAN
1 1/2 sudu kecil sahaja. Jika ibu sudah masukkan sumber lemak dari sumber lain seperti minyak semasa menumis, marjerin atau butter dalam resepi, TIDAK PERLU tambah sumber lemak yang lain.
Jika tiada, cukup sekadar beberapa titis sahaja. Yang jadi berlebihan bila minyak digunakan untuk menumis, kemudian tambah lagi titisan minyak dalam makanan.

1 TAHUN KEATAS
Sudah cukup melalui makanan yang disediakan dan tidak perlu tambah lagi sumber minyak sebab sudah mencukupi dari masakan dan lauk.

BAYI KURANG BERAT
Jika nak bantu pertambahan berat baby yang kurang berat pula perlu pertambahan kalori. Secara ASASNYA pertambahan kalori adalah sama dengan (=) pertambahan berat badan.

Maka pertambahan minyak = tambah kalori = tambah berat badan. Faham kan? 😃

SALAH SATU cara untuk tambah berat adalah melalui pertambahan lemak, tetapi tidak semestinya minyak. Boleh tambah dalam bentuk butter, marjerin, santan, susu, keju dan macam macam lagi. Jangan ingat tambah minyak semata-mata. Hehe

Bagaimana pulak dengan jenis lemak yang nak diguna?
Apakah minyak yang sesuai?
Semua jenis minyak sayuran adalah sesuai. Antaranya adalah:
- Minyak kelapa sawit
- Minyak sunflower
- Minyak jagung
- Minyak zaitun

dari segi KALORI semua memberi nilai yang SAMA.

Apa yang penting dalam pertumbuhan dan  perkembangan anak yang sihat adalah memastikan makanan yang diambil itu sihat dan seimbang. Mengandungi gabungan karbohidrat, protein dan serat dalam setiap hidangan makanan anak. Kurangkan penggunaan gula, garam dan perasa tambahan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.