Bila sampai masa untuk hantar anak ke taska atau pengasuh, ibu bapa pastinya dalam dilema untuk pilih tempat yang terbaik kan? Hari ini saya terdetik untuk berkongsi beberapa tips pilih taska untuk anak.
Alhamdulilah, bulan ini Zayd dah genap berusia 1 tahun 6 bulan. Jadi saya dan suami buat keputusan untuk hantar Zayd ke taska untuk beri pendedahan cara berkomunikasi dan bersosial. Maklumlah Zayd belum ada adik. Hehe..
Sebelum kami memulakan pencarian pilih taska untuk anak, saya ada buat beberapa 'research' dan bertanya pada orang yang berpengalaman.
1. Lokasi
Pemilihan lokasi sebenarnya sangat penting. Perlu diambil kira dari segi jarak dan masa perjalanan dari rumah. Kami letakkan radius lokasi taska tidak lebih dari 8km dari rumah dan kalau boleh dalam perjalanan ke tempat kerja lagi memudahkan. Yang paling penting juga adalah keadaan traffik pada waktu pagi, jumlah traffik light dan juga pusingan U-turn jika perlu. Semua itu kami ambil kira kerana melibatkan faktor masa terutama keadaan agak sesak pada waktu pagi. Nampak simple je kan?
2. Taska atau Rumah Pengasuh?
Pada mulanya susah jugak kami nak buat keputusan samada untuk pilih taska atau rumah pengasuh. Ada yang bagi pendapat hantar ke rumah pengasuh lebih baik sebab mereka akan layan anak kita macam anak sendiri. Taska pulak ramai kanak-kanak dan cikgu takkan bagi perhatian.
Oleh sebab kami ni jenis rasional. Saya pun survey 4 buah taska (taska A,B,C,D) dan 3 rumah pengasuh (Rumah A, B, C) yang berdekatan dengan kawasan rumah kami di Selayang. Rumah pengasuh pula dalam kawasan kondominium di Blok A, B dan C.
Apa yang saya boleh simpulkan dengan berbekalkan sedikit ilmu 'parenting', secara jujurnya saya lebih memilih taska berbanding rumah pengasuh atas beberapa faktor antaranya:
- Rumah pengasuh termasuk penghuni yang berkeluarga (suami dan anak-anak), jadi saya rasa persekitaran tersebut tidak sesuai untuk anak saya walaupun anak lelaki.
- Keadaan yang tidak selamat terutama bahagian dapur. Kedaan dapur agak terbuka, dalam fasa anak tengah membesar dan suka explore, saya amat titikberatkan soal keselamatan anak.
- Kebersihan terutama tandas. Faham-fahamlah kalau tandas yang berkongsi dengan orang dewasa kan?
- Pengisian anak-anak seperti aktiviti yang membantu perkembangan anak agak kurang selain dihidangkan dengan televisyen didi&friends dan kartun. Huhu
- Bayaran kepada pengasuh hampir sama dan sama dengan yuran taska.
Oleh sebab-sebab diatas, kami tekad untuk pilih Taska. :)
3. Bayaran
Bayaran atau bajet untuk anak pun penting. Kebanyakkan taska atau pengasuh akan cas mengikut umur anak. Dan yang pasti bayaran untuk bayi lagi mahal berbanding kanak-kanak 1 tahun keatas. Rate di Selangor/Kuala Lumpur, yuran untuk bayi adalah sebanyak RM400-450 sebulan. Manakala yuran untuk kanak-kanak 1 tahun keatas adalah RM350-RM400. Bayaran untuk lebihan masa pula adalah sebanyak RM5-RM10 satu jam. Belum lagi termasuk yuran pendaftaran/tahunan sebanyak RM50-RM150, buku log dan baju seragam.
Saya simpulkan kelebihan dan kekurangan antara Taska A,B,C, D
Taska A:
Lokasi: Dalam kawasan Kondominium
Yuran: RM350/bulan, OT RM6/jam
Kelebihan: Dekat dengan kawasan rumah
Kekurangan: Hanya kanak-kanak 3 tahun keatas ditempatkan di taska, bawah 3 tahun akan ditempatkan di rumah. Jadi saya tak berkenan sangat pengasuh di rumah.
Taska B:
Lokasi: Belakang rumah, luar kawasan Kondominium
Yuran: RM350/bulan, OT RM6/jam
Kelebihan: Dekat dengan kawasan rumah, ada pengangkutan dari kondominium setiap pagi
Kekurangan: Tidak berdaftar, aktiviti kurang menarik, kanak-kanak terlalu ramai dan bercampur dengan kanak-kanak sekolah rendah yang transit.
Taska C:
Lokasi: 4-5 km dari rumah.
Yuran: RM350/bulan, OT RM6/jam
Kelebihan: On the way ke tempat kerja dan dekat, aktiviti kanak-kanak menarik, tempat tidur lelaki dan perempuan diasingkan.
Kekurangan: Kawasan bermain dan pembelajaran untuk kanak-kanak 1-2tahun sempit dan tidak selamat sebab dekat dengan tangga bahagian atas.
Taska D:
Lokasi: 6 km dari rumah dan sedikit jauh berbanding taska A,B,C
Yuran: RM400/bulan, OT RM8/jam
Kelebihan: Pembelajaran menggunakan modul PERMATA, ada CCTV, tempat tidur lelaki dan perempuan diasingkan, ada senarai menu makanan, buku log aktiviti PERMATA, pemilik ada sijil kelayakkan
Kekurangan: Agak sedikit jauh, banyak traffic light dari rumah tetapi ada jalan alternatif. Yuran lebih mahal berbanding taska lain.
Selepas berbincang dengan suami, kami short list taska C dan D sahaja dan akhirnya pilih taska D walaupun bayar lebih, tetapi kami rasa lebih terjamin dan yakin berbanding taska-taska yang lain.
4. Soalan Yang Perlu Ditanya
Apa soalan yang perlu ditanya bila kita survey tempat asuhan anak-anak? Nampak simple, tapi sebenarnya kita perlu ambil tahu sebelum buat keputusan. Bayaran yuran adalah soal kemudian.
- Waktu operasi taska. Biasanya bermula jam 7.00 pagi - 6.30 petang. Biasanya OT akan dikenakan jika awal atau lebih waktu operasi.
- Adakah makanan akan disediakan? Berapa kali sehari waktu makan?
- Apa menu makanan yang diberikan? Kalau menu rasa tak sesuai untuk anak, minta kebenaran untuk bekalkan makanan dari rumah.
- Mandi berapa kali? Ada sesetengah taska tidak akan mandikan anak pada waktu pagi. Jadi penjaga kena mandikan anak sebelum hantar ke taska.
- Tukar pampers berapa kali? Ada sesetengah taska, mandi hanya sekali sehari dan hanya tukarkan pampers sahaja.
- Kekerapan anak diberi minum susu berapa kali?
- Berpengalaman menguruskan EBM?
- Waktu tidur anak jam berapa dan berapa kali?
- Minta kebenaran untuk melihat tempat tidur yang disediakan. Tengok jenis tilam/katil yang digunakan. Pastikan tempat tidur yang disediakan itu bersih dan selesa.
- Minta kebenaran untuk melihat tempat tidur yang disediakan. Tengok jenis tilam/katil yang digunakan. Pastikan tempat tidur yang disediakan itu bersih dan selesa.
- Minta kebenaran untuk tengok tandas tempat anak dimandikan
- Minta kebenaran untuk tengok tempat anak bermain dan belajar. Pastikan tempat tersebut bersih dan selamat. Tiada peralatan elektrik, perabot yang boleh membahayakan anak yang tengah lasak. Tengok jugak alas tikar atau karpet tempat anak bermain.
- Tanyakan jumlah kanak-kanak dan pengasuh. Ini penting kerana nisbah pengasuh dan kanak-kanak yang dibenarkan adalah seperti berikut:
Usia 0-1 tahun- 1 pengasuh : 3 kanak-kanak (1P:3K)
Usia 1-2 tahun- 1 pengasuh : 5 kanak-kanak (1P:5K)
Usia 2-4 tahun- 1 pengasuh: 10 kanak-kanak (1P:10K)
- Tanyakan yuran bulanan dan bayaran lebih masa
- Tanyakan yuran lain termasuk yuran pendaftaran dan lain-lain yang berkaitan
Kenapa tanya harga dan bayaran lebih masa kemudian sekali? Supaya kita lebih terbuka untuk buat penilaian. Kadang-kadang bila tahu harga mahal, terus tak berminat nak survey. Sedangkan mungkin ada sebab atau kelebihan yang menyebabkan yuran mahal berbanding yang lain.
5. Buat Keputusan
Selepas selesai survey beberapa taska, berbincang dengan suami dan istikarah. Buat pilihan yang terbaik untuk anak supaya tidak menyesal kemudian hari. Melibatkan suami dalam pemilihan taska sangat penting supaya suami isteri boleh bekerjasama dan memahami rutin anak.
Jika sudah buat pilihan, maklumkan pihak taska dan buat pengesahan untuk kemasukkan tarikh. Borang akan diberikan kepada ibu bapa untuk diisi dengan maklumat detail anak dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi.
Last but not least, jangan lupa banyakkan berdoa supaya anak-anak kita terjaga dan terpelihara serta selamat.
Fadzielah Ayub
Ibu Prihatin