
Masa ummi dekat kampung, saje rajin pulak nak jenguk rak buku. Lepas tu terpandang alquran lama ummi lebih 20 tahun lepas. Warna coklat, kulit pun dah tertanggal dari isi.
Rasanya dah lebih 10 tahun tak bukak alquran tu sejak ada mini alquran tafsir warna merah. Lepas masuk UTP, hanya mini tafsir alquran jadi teman, sebab senang nak bawak.
Ummi amik wudhuk, terus capai alquran tu. Bukak satu persatu helaian. Allahu.. rindunya zaman kanak-kanak dulu. Lidi batang sate pun masih ada terselit di celah helaian muka surat kalamullah itu. 😊
Masa kanak-kanak dulu, kami berlumba kayuh basikal pergi pondok mengaji. Berlumba-lumba nak alih ayat dengan kawan-kawan dan sepupu. Balik rumah mengaji lagi, berharap esok lancar baca depan tok guru, boleh alih ayat baru lagi. Satu kejayaan untuk diri sendiri.
Tak sabar-sabar nak cepat khatam alquran sebab nak makan pulut kuning. Orang kampung memang begitu. Khatam alquran tu kira kejayaan besar bagi anak, terus kenduri buat pulut kuning, belanja tok guru sekali. Tanda syukur anak pandai mengaji. 😊
Alhamdulilah. 20 tahun lepas umur 9 tahun boleh khatam alquran dah. Rasa nak menangis bila ingat balik.
Sekarang, dah makin hampir ramadhan. Apa persiapan yang dah buat? Sejujurnya, macam takde.
Ummi ajak adik keluar. 'Jom teman kaklah cari barang skit.' - Adik setuju.
.
Puas pusing akhirnya jumpa jugak alquran baru lebih kurang sama dengan alquran dulu. Feeling-feeling rasa mengaji depan tok guru pun ada. Terubat rindu. Semoga Allah rahmati tok guru, We Nik.
Entahla, rasa lain. Inilah hadiah terbesar untuk diri sendiri untuk ramadhan tahun ini. Moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya..
Ummi tinggalkan alquran lama di rumah, sebab banyak kenangan kami masa kecil semua tersimpan di rumah tu. Biarlah..
Semoga kita sempat menjemput ramadhan tahun ini. Ameen.
FadzielahAyub @ Ummi Zayd
Tetiba teringat zaman manis kanak-kanak dulu.