HOMEMADE SERBUKBILIS UNTUK MAKANAN BAYI

Assalamualaikum,

Bila anak dah makin besar kan, mesti kita tak sabar nak masak macam-macam makanan untuk anak kan? Saya pun macam tu la, excited nak cuba resepi baru untuk Zayd. 

Kalau nak masak untuk suami, memang kalau boleh nak masak yang sedap-sedap dan CUKUP RASA. Tapi untuk anak atau bayi pula, seeloknya kita ELAKKAN gula dan garam dalam masakan anak-anak. Boleh gantikan garam dengan serbuk ikan bilis untuk sedikit ada rasa masin. 

Proses untuk buat serbuk ikan bilis ni seeloknya kita rendam dulu ikan bilis sekurang-kurangnya 4jam untuk pastikan 95% sodium iaitu garam daripada ikan bilis larut. 

Kita ganti air rendaman tu supaya hilang rasa masin garam. Lepas tu tapis air dan sangai atas kuali. Tak perlu gunakan minyak. 

Sangai atau goreng ikan bilis tanpa minyak sampai garing atau rangup. Jangan sampai hangit pulak. 

Kemudian sejukkan dan blend sampai hancur. 

Guna penapis untuk pastikan serbuk bilis betul-betul hancur dan halus. 

Penggunaan serbuk bilis tu tak perlu letak banyak. Cukup satu sudu kecil bergantung saiz hidangan anak. 😉 


Nota:

Kenapa perlu rendam dulu? Sebab proses keringkan ikan bilis dari laut sama macam buat ikan kering. Garam digunakan sebagai bahan pengawet. 

Semoga bermanfaat untuk mommiess.  Caranya sama juga jika untuk buat serbuk ayam. InsyaAllah nanti saya akan kongsikan.

Boleh tengok gambar dan video yang saya kongsikan.

HOMEMADE SERBUKBILIS UNTUK MAKANAN BAYI
Sangai sampai garing tanpa minyak

HOMEMADE SERBUKBILIS UNTUK MAKANAN BAYI
Lepas sanggai, tunggu sehingga sejuk sebelum blend.