KENAPA MULA MENULIS BLOG?

Assalamualaikum,

Rasanya susah juga nak menjawab soalan KENAPA MULA MENULIS BLOG SEKARANG? Kenapa tak mula dari dulu lagi?

Sejujurnya, saya dah lama terdetik nak menulis dan ada blog peribadi sendiri. Kawan-kawan saya  ramai dah mula menulis blog sejak dari zaman student lagi. Bila tengok, seronok je diorang capture dan share setiap momen dalam blog masing-masing. Namun, disebabkan kekangan masa dan tiada semangat bersungguh-sungguh tu, niat untuk menulis blog jadi terkubur begitu sahaja.

Jadi, salah satu azam tahun 2018 adalah ingin konsisten menulis blog iaitu Journal Ummi ini. Sebelum ini saya banyak kongsikan cerita, pengalaman dan tips dalam Facebook dan Instagram sahaja. Namun saya sedar risiko kedua-dua platform itu bila-bila masa sahaja akaun saya akan hilang. Berbeza dengan blog, ianya lebih selamat dan menjadi 'hak milik' kita sepenuhnya.

Blog lebih mudah untuk saya menulis dan berkongsi gambar. Saya bayangkan 10 tahun akan datang, saya tidak perlu recall balik aktiviti saya dengan anak-anak sambil bukak folder album gambar di komputer. Saya hanya perlu bukak blog dari handphone pun boleh untuk recall perjalanan saya sebagai seorang ibu. Pasti waktu itu saya tersenyum sambil membaca Journal Ummi ini.

Secara tidak langsung, saya berharap segala perkongsian saya walaupun berbentuk peribadi boleh memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Niat saya bukan untuk menunjuk atau mempertontonkan kehidupan saya sebagai seorang ibu, tetapi lebih kepada ingin berkongsi dan menjadi kenangan untuk saya apabila saya sudah tua nanti.

Doakan saya rajin dan konsisten untuk menulis ya! Walaupun bakat menulis tu perlu diasah, lebih baik kita mencuba daripada tidak mencuba langsung kan? Maafkan saya kalau ayat saya ni tak best untuk dibaca. #SisCuba Hehe