
Assalamualaikum,
Agaknya ini adalah post raya pertama dalam blog ini. Jadi, kalau boleh ummi taknak lepaskan peluang share untuk kenangan pada masa akan datang.
Raya tahun ini, kami 5 beradik berpeluang sambut bersama. Macam biasalah, tahun lepas kami dah beraya sebelah abah Zayd, jadi tahun ini kena ikut giliran beraya sebelah ummi pula. Manakala, adik ummi Faez dan isteri Nabila pun sambut raya pertama di Terengganu. Oyeahh! Seronok jugak bila semua balik ni.
Adakalanya, raya kami tidak sempurna ataupun cukup ahli disebabkan tuntutan tugas contohnya kakak yang bertugas di hospital dan bapak pula 'on-call' bergantung pada kes.
Raya kali ini meriah sikit sebab buat sekali dengan kenduri kesyukuran sempena Majlis Pertunangan kakak pada hari raya ke-3.
Macam biasa, menu wajib pada pagi raya pertama ketupat nasi homemade yang dianyam sendiri oleh bapak, rendang daging mak, sayur lodeh bapak, sambal bilis mak, lemang, ketupat daun palas. Barulah rasa suasana raya.
![]() |
Alhamdulilah. Cukup 10 orang ahli keluarga kami |
Tahun ini, bajet kuih raya dikurangkan untuk elakkan pembaziran. Jadi tahun ini memang takde lah kuih raya premium tart nanas (feveret ummi), almond london dan lain-lain. Mengidam jugak nak makan kuih raya feveret ummi iaitu tart nanas.
![]() |
Faez & Nabila pertama kali beraya as husband-wife |
![]() |
Lelaki dalam keluarga ADZ |
Macam biasa, seusai solat raya, kami semua berkumpul sarapan pagi dan bergambar dengan ahli keluarga. Selepas selesai beraya sesama ahli keluarga, kami pun keluar beraya ke rumah saudara yang terdekat dalam kampung. 😃
![]() |
Boleh tahan panas cuaca di Terengganu. Haha |
![]() |
Bergambar dengan Nenek Saudara kami. Satu-satunya orang tua yang kami ada selain bapa dan mak saudara. Terubat rindu kat arwah We (nenek) kami.😔 |
Petang raya pertama pula, abah Zayd ajak ke pantai. Katanya photoshoot raya. Haha. Alhamdulilah berjaya merakam moment raya bertiga tahun 2018. Alhamdulilah. Dah boleh buat photoshoot tepi pantai setiap tahun ni. 😁
![]() |
Zayd seronok bermain pasir pantai. |
![]() |
Ummi & Zayd |
![]() |
Bukan senang nak capture Zayd pandang kamera |
![]() |
Ummi & Abah Zayd |
Alhamdulilah.. Sekian coretan Post-Raya 2018 kami di Terengganu. Semoga dipanjangkan umur untuk berjumpa Ramadhan dan Syawal tahun 2019 pula. Ameen.
Fadzielah Ayub