KELEBIHAN BERMAIN BUIH UNTUK ANAK

Assalamualaikum,

Throwback aktiviti Zayd pada hujung minggu dengan bermain pistol buih sabun (bubble gun). Waktu ini ummi malas sangat nak keluar rumah. Jadi kesian juga Zayd asyik terperap je dalam rumah kan.

Disebabkan bersabun, ummi tak bagi Zayd main dalam rumah. Jadi main dekat koridor tepi rumah je. Bukan main seronok Zayd bila tengok buih banyak-banyak.

Ramai yang tak tahu, bermain buih ni sebenarnya bukan hanya untuk suka-suka, tapi sebenarnya ada kelebihan yang bagus untuk anak.

1. Menguatkan motor halus dengan memegang peniup buih dan tekan picu pistol buih yang memerlukan kekuatan otot jari dan tangan.

2. Menguatkan oral motor skill ketika anak meniup buih sabun dapat membantu menguatkan otot sekeliling mulut. Tapi kalau bermain bubble gun, tidak lah melibatkan oral motor skill.

3. Sensory processing skill ketika anak sentuh buih, anak akan dapat rasa tekstur buih yang licin dan melekit.

4. Visual tracking skill iaitu bila anak nampak banyak buih, mesti mereka akan excited untuk kejar menangkap buih tersebut. Ada buih bergerak perlahan dan laju ikut angin.

5. Kemahiran motor kasar ketika mereka mengejar buih, ada yang berlari, melompat atau pun duduk.








Sebenarnya bukan anak-anak je suka bermain buih, tapi mak-mak pun seronok juga main buih. Cuma malu nak mengaku kan? hehe 😄

Semoga bermanfaat!