
AKTIVITI BUAT KUIH CEK MEK MOLEK
Assalamualaikum,
Last weekend kami ke Melaka untuk memenuhi jemputan kenduri doa selamat pakcik sebelah bapak yang akan berangkat untuk menunaikan umrah. Rezeki kami dapat ubi keledek purple isi kuning tu. Ubi ni memang feveret ummi Zayd. Lagi sedap kalau makan ubi yang dibakar atau direbus.
Oleh sebab banyak lebihan ubi tu, ummi decide nak buat kuih cek mek molek. Lagipun cara nak buat kuih ni tak susah sangat pun. Hanya perlukan ubi yang direbus, gandum dan gula putih.
Amboiii.. seronoklah Zayd bila ummi cakap nak buah kuih. Haha. Tak sabar-sabar nak tunggu ubi tu sejuk dulu. Sebelum tu, ini resepi kuih Cek Mek Molek.
RESEPI CEK MEK MOLEK
1. Ubi keledek (isi kuning)
2. Tepung Gandum
3. Gula Putih
CARA-CARA:
1. Rebus ubi sehingga empuk dan dibiarkan sejuk
2. Pastikan ubi sejuk dahulu, kemudian buang kulit ubi dan lenyekkan atau tumbuk sehingga hancur. Jika lenyek atau tumbuk masa panas, air masih ada pada ubi dan menyebabkan jadi lembik.
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga boleh dibentuk. Tepung berlebihan boleh sebabkan kuih tu jadi keras.
4. Bentukkan bujur atau bulat, isikan gula putih di dalamnya.
5. Goreng sehingga masak. Kalau nak buat stok frozen, goreng separuh masak je.
Awal-awal masa nak uli ubi dan tepung tu, ok lagi lah. Bila masuk part video ke-2 tu, Zayd dah rimas sebab ubi tu melekat di tangan dia. Hahaha.😂
Video Part 1
Video Part 2
Apa kelebihan aktiviti membuat kuih ni?
Aktiviti ini dinamakan sebagai Sensory Play atau aktiviti sensorial kerana ia melibatkan penggunaan deria sentuhan. Anak akan menggunakan deria sentuhan semasa menguli kuih tu. Mula-mula anak akan sentuh tepung yang kering, ubi yang lembut dan seterusnya tekstur yang agak melekit dan melekat di tangan anak.
Jadi pendedahan aktiviti sensorial sangat bagus untuk perkembangan kanak-kanak. Jika kanak-kanak tidak didedahkan aktiviti sensorial yang melibatkan sentuhan, anak akan jadi sensitif terhadap tekstur tertentu seperti rasa takut, jijik dan geli. Ini akan mengganggu perkembangan kanak-kanak tersebut bila membesar. Jangan pelik bila ada kanak-kanak umur 10 tahun geli untuk memijak pasir atau tanah. Ada kanak-kanak yang mengamuk bila pegang sesuatu yang lembik seperti acuan tepung.Banyak lagi la kesan jangka masa panjang. Hehe.
Tadaaa.. ni lah hasil cek mek molek yang dibuat ummi dan Zayd. Walaupun rupa tak berapa nak lawa, rasa dia memang sedap. Saiz pun kecil-kecil sesuai untuk Zayd makan. Cuma, kurangkan gula putih untuk anak-anak makan. Hehe
Semoga Bermanfaat!😊
#AbdullahZayd
#2y7m
