
Assalamualaikum.
Alhamdulilah. Habis dah exam untuk untuk semester pertama ummi. Pejam celik, pejam celik sekejap je masa berlalu.
Perjuangan ini mungkin kecil bagi orang lain, tapi bukan bagi ilah. This is my turning point dalam hidup ilah. Setahun belajar asasi kejuruteraan, 4 tahun belajar ijazah kejuruteraan, 5 tahun dalam pengalaman oil and gas, tiba-tiba tukar bidang jadi educator (insyaAllah) pendidikan awal kanak-kanak?
Ada yang tak faham, ada yang ragu-ragu, mungkin ada yang memperlekeh. Tapi biarlah, ini perjalanan hidup yang kita mahu. Hehe.
Hari pertama decided nak ambil bidang ni, ilah sedar ilah kena commit betul-betul. Kena usaha lebih dari orang. Kena korbankan masa, duit dan tenaga. Ilah kena start dari bawah dan kosong! Tak sama macam orang lain yang ada basic dan pengalaman dalam bidang ni. Cabaran tu berganda daripada orang lain.
Kecil bagi orang, besar bagi ilah. Perjalanan ni bukan mudah. Dekat nak exam pun diuji anak sakit, suami jauh. Haha. Alhamdulilah, rezeki Allah permudahkan buat assignment dan jawab exam.
Apa pun dugaan, takpelah, asalkan semangat kuat dan tak putus asa. Misi dan visi makin jelas. Bila dah sampai ke penghujung ni, ianya satu motivasi bagi ilah untuk melangkah step seterusnya. Matlamatku bukan untuk berbangga dengan kelulusan yang ada, tetapi semoga ilmu ni dapat membuka jalan untuk berbakti pada orang lain dan menjadi saham di akhirat sana.
![]() |
Percayalah, being a mom & student at same time ada masa mencabar jugak. Dan kena banyak membaca, study sendiri.
Sekian, untuk catatan #MasterJourney_FA semester1. 😁
Maka, bermulalah semester break pertamaku. Yahooo! Haha.

Maka, bermulalah semester break pertamaku. Yahooo! Haha.
