
Assalamualaikum,
Ilah nak share pengalaman hadir ke International Day of Women & Girls in Science 2019 Conference yang berlangsung pada 2 April 2019 di Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MAGIC) di Cyberjaya. Ini adalah kali petama diadakan di Malaysia.
Alhamdulilah diberi peluang untuk hadir conference ini secara percuma ditaja oleh Dr Mahani Razali. Kalau ikutkan, yuran penyertaan adalah RM200.00. Jadi antara kupasan tajuk perbicangan semalam adalah berkaitan tentang Wanita dan Sains. Di Malaysia sendiri samada di sekolah ataupun di universiti, wanita adalah golongan dominan yang ambil aliran sains, tetapi dimanakah mereka selepas grad dari universiti? Ada yang tidak dapat bekerja kerana faktor jantina yang tidak diterima dan ada juga yang berhenti kerana faktor keluarga (ilah la tu.hehe). Sumbangan wanita dalam bidang professional sangat membantu perkembangan dan pertumbuhan negara. Jadi, amatlah rugi bila negara kehilangan begitu banyak sumbangan wanita dalam bidang sains.
Jadi, apa yang kerajaan boleh bantu sekarang ini adalah menyediakan lebih banyak fleksibiliti untuk wanita seperti waktu bekerja yang fleksible, kemudahan tempat jaga anak dan sebagainya. Ok. tapi ini bukan topik utama yang ilah nak share sebab apa yang buatkan ilah tertarik dengan program ini adalah mengenai STEM.
Apa itu STEM?
Stem adalah gabungan Science, Technology, Engineering & Math. Ada juga yang guna term STEAM ataupun STREAM iaitu tambahan Art & Religion.
Jadi salah satu objektif conference semalam adalah membincangkan bagaimana untuk memupuk minat generasi masa kini supaya minat Sains. Mentaliti pelajar masa kini SAINS itu adalah satu aliran atau subjek yang tidak begitu mudah. Pastinya terbayangkan pada subjek Fizik, Biologi, Kimia, Addmath dan sebagainya. Sebenarnya Sains adalah proses ataupun kejadian yang berlaku pada sekeliling kita dan tidak sepatutnya diasingkan mengikut 'subjek' yang lagi menakutkan pelajar-pelajar masa kini.
Waktu petang, ilah join Workshop yang bertajuk "Equipping Teachers for Inclusive STEM Methodologies" yang dikendalikan oleh Dr Mahani.
Kenapa STEM sangat penting dalam pendidikan? Ini kerana kita ingin memupuk minat generasi sekarang dalam bidang sains. Kita nak lahirkan generasi yang kreatif, berfikir, dan berinovasi dan bukannya generasi yang kena suap serba serbi.
Pendekatan STEM dalam pendidikan awal kanak-kanak dan sekolah sangat penting kerana pada fasa ini, perkembangan otak kanak-kanak berkembang sangat cepat. Jadi, kita mahu menggalakkan pertumbuhan sel neuron dan berhubung.
Pertama, kena ubah mindset apa itu Sains, Sains adalah proses yang berlaku sekeliling kita iaitu gabungan daripada Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Sains bukanlah sesuatu yang susah dan takut untuk dipelajari.
Pendekatan STEM bukan hanya di sekolah, tetapi bermula dari rumah.
Bagaimana konsep pembelajaran STEM ni??
Ada 3 cara iaitu:
1. Inquiry-Based Learning
2, Project-Based Learning
3. Engineering Design Process
![]() |
Sempat tapau kopi panas untuk hilangkan mengantuk 😄 |
