CARA MUDAH DEPOSIT DUIT SYILING KE AKAUN

Assalamualaikum,

Hari ini ilah nak share cara mudah untuk deposit atau masukkan duit syiling ke dalam akaun bank. Ramai pulak yang tanya dekat instagram bila ilah share video tu. Paling kurang setahun sekali pecah tabung kan? Barulah semangat nak menabung balik bila tengok tabung kosong. Hehe.

Setiap kali kami pecah tabung syiling, kami akan pergi Maybank dan depositkan ke dalam akaun ilah atau abah Zayd sebelum transfer masuk ke Tabung Haji Zayd sebab dari tidak boleh terus deposit ke akaun Tabung Haji. Setakat ni 2 branch Maybank dekat Selayang ni ada mesin deposit syiling. Syukurlah tak perlu pergi jauh-jauh. Hehe

CARA MUDAH DEPOSIT DUIT SYILING KE AKAUN
Inilah mesin desposit syiling
So, macam mana nak masukkan atau desposit duit syiling guna mesin ni? Jom baca dekat bawah:

6 CARA MUDAH DEPOSIT DUIT SYILING KE AKAUN

1.  Google dan cari bank yang terdekat yang ada mesin deposit syiling ni atau tekan SINI untuk check.  Tak semua bank ada. Pastikan ada akaun berdaftar untuk didepositkan ke dalam akaun. Macam ilah ada akaun Maybank, jadi ilah pergi ke branch Maybank. Kalau korang takde Maybank tapi ada CIMB, sila pergi ke bank CIMB.  hehe

2. Masukkan syiling ke tempat letak syiling sebelah kanan. Tak perlu asingkan dari rumah sebab mesin tersebut akan kira secara automatik. Duit 1sen, RM1 lama dan syiling luar negara automatik mesin tu akan tolak keluar balik. Dah jimat masa kat situ sebab tak perlu asingkan syiling yang banyak-banyak tu.

3. Tekan butang 'A' untuk mesin start pengiraan. Teruskan masuk duit syiling secara perlahan-lahan. Staf bank marah kalau nampak kita masukkan banyak sekaligus sebab takut mesin tu akan stuck. Bila mesin tu stop, tekan balik butang 'A' untuk continue masukkan syiling. Syiling yang ditolak akan keluar di bahagian bawah. Boleh cuba masukkan balik  syiling yang ditolak tu kecuali syiling 1sen, RM1 lama dan duit luar negara. Yang ni confirm kena reject.

4. Bila dah selesai masukkan syiling, tekan butang 'B' . Kemudian mesin akan keluarkan 2 jenis resit iaitu resit syiling untuk simpanan kita dan baucer syiling untuk pihak bank. Pastikan isi nama, nombor akaun dan no telefon.

5.  Baucer syiling tu hanya sah dalam masa SEHARI SAHAJA. Dapat resit tu terus ambil nombor giliran dan selesaikan urusan desposit ke dalam akaun terus. Jangan terus balik rumah dan konon nak datang esok pula. Baucer tu akan jadi tak valid dah. Rugi je nanti. hehe

6. Dah selesai urusan dekat kaunter. Boleh terus check akaun. Jumlah duit syiling tu akan terus masuk ke akaun kita. Masa tu kami terus transfer masuk ke Tabung Haji Zayd. Hehe. Alhamdulilah. Sedar tak sedar, banyak juga hasil daripada menabung tu.


2 resit akan keluar. Isikan detail dalam baucer syiling
Resit syiling untuk simpanan kita
Kewujudan mesin deposit syiling layan diri ni sangat membantu dan dapat kurangkan tenaga staf bank. Kalau anak dah besar sikit, boleh bagi anak rasa pengalaman masuk duit syiling hasil daripada mereka menabung selama setahun. Secara tidak langsung dapat menggalakkan anak terus menabung pada masa akan datang.  😉

Tekan SINI nak check lokasi bank yang sediakan mesin depositi syiling.

Semoga bermanfaat! Lepas ni rajin-rajinkan kutip duit syiling dalam rumah, poket seluar suami dan masuk tabung. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit!