TIP CARA SIMPAN UBAT DI RUMAH DENGAN BETUL DAN SELAMAT

Assalamualaikum,

Hari ini ilah nak share tip dan cara simpan ubat di rumah dengan betul dan selamat. Antara ubat ummi, abah dan Zayd, abah adalah pemenang ubat paling banyak. Kalau tak mungkin ummi yang menang. Alhamdulilah dah stop banyak jenis ubat sejak 4tahun lepas selepas bebas dari simpton autoimmune.😂

Inilah akibatnya bila klinik dekat hanya depan rumah sahaja dan FREE sebab klinik panel company. Bila fikirkan balik, rugi kalau tak simpan betul-betul ubat yang tak habis digunakan. Bayangkan orang susah yang sakit tapi tak mampu nak pergi klinik dan makan ubat. Kos bukan murah-murah kan? Jadi ilah beritahu abah Zayd, kalau  sakit biasa yang tak perlu MC, makan sahaja ubat yang sedia ada untuk elakkan membazir walaupun kita tak keluar duit pun. Melainkan kalau nak consult atau jumpa doktor minta MC barulah pergi ke klinik. Bila selalu pergi klinik yang sama, kebanyakkan jenis ubat yang sama juga dapat. Hehe

Bekas putih yang ilah isi ubat ni beli dekat kedai eco RM2.10 sahaja. Saiz tak terlalu besar dan terlalu kecil dan bagi ilah sesuai untuk ubat dalam tu. Senang asingkan ubat ummi, abah dan Zayd supaya tidak bercampur. Masing-masing tahu ubat apa yang pernah makan dan untuk sakit apa. Jadi, bila demam, selsema atau batuk kami akan makan ubat yang sedia ada. Ubat yang dah expired ilah akan asingkan dan buang untuk elak termakan.

TIP CARA SIMPAN UBAT DI RUMAH DENGAN BETUL DAN SELAMAT
Siap letak label bekas ubat Ummi, Abah dan Zayd 😁
Ubat minum pula, ilah akan simpan dalam peti seperti yang disarankan. Letak dalam satu bekas tray khas untuk ubat sahaja untuk elakkan mudah tumpah dan senang untuk cari. Kebanyakkan ubat minum ni adalah ubat Zayd. Hehe. Antibiotik tu terus buang selepas 5hari atau seminggu samada habis atau tidak. 
TIP CARA SIMPAN UBAT DI RUMAH DENGAN BETUL DAN SELAMAT
Sorry, peti rumah ilah memang tak banyak simpan makanan. Haha. Less is better!
TIP CARA SIMPAN UBAT DI RUMAH DENGAN BETUL DAN SELAMAT
Letak dan susun ubat dalam satu bekas yang sama. 
Selain pengambilan ubat dengan cara makan yang betul, cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul juga penting untuk memastikan kualiti, keberkesanana dan keselamatan ubat terjamin. Barulah ubat tersebut berkesan bila diambil.

Berikut adalah TIPS cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul dengan merujuk daripada Portal MyHealth KKM. Jom baca dekat bawah:

TIP CARA SIMPAN UBAT DI RUMAH DENGAN BETUL DAN SELAMAT

1. Simpan ubat di tempat yang selamat dan dikhaskan supaya mudah dicari.
Menyimpan ubat di tempat yang dikhaskan akan memudahkan anda mencari ubat tersebut jika berlaku sebarang kecemasan. Selain itu, ia juga memudahkan anda untuk mengingati tempat ubat tersebut disimpan. Cara ini dapat meningkatkan kepatuhan anda untuk mengambil ubat pada waktu yang telah ditetapkan.

2. Simpan ubat secara berasingan mengikut jenis ubat seperti ubat makan (tablet, sirap dan sebagainya) dan ubat kegunaan luar (krim, salap, ubat titis mata dan sebagainya).
Mengasingkan ubat-ubatan mengikut jenis ubat dapat membantu mengurangkan kekeliruan. Mencampur aduk ubat-ubatan yang berlainan jenis boleh menyebabkan kesilapan pengambilan ubat dan juga tindak balas fizikal di antara ubat-ubatan tersebut. Jika ini berlaku, dikhuatiri kualiti ubat akan terjejas, keberkesanan ubat akan berkurang dan keselamatan pengambilan tidak terjamin sepenuhnya.

3. Simpan ubat mengikut suhu yang disarankan (sila rujuk kepada sisip bungkusan ubat). Contohnya:
Dalam ruang tengah peti sejuk : 2-8°C. (Contoh: insulin, ubat titis mata, suspensi antibiotik yang telah dibancuh)
Tempat dingin bilik berhawa dingin : 8-15°C (Contoh: kapsul gel lembut)
Suhu bilik : 15-30°C (Contoh: ubat tablet dan kapsul)
Penyimpanan ubat di tempat yang betul juga boleh mengelakkan daripada ubat tersebut daripada mengalami kerosakan. Terdapat beberapa jenis ubat yang memerlukan tempat penyimpanan dengan suhu yang tertentu. Jika ubat tersebut rosak disebabkan cara penyimpanan yang tidak betul, kualiti ubat akan terganggu, keberkesanan rawatan tidak terjamin dan berkemungkinan anda juga akan mendapat kesan sampingan yang tidak diingini.

4. Simpan ubat dalam bekas yang asal, jangan tanggalkan label ubat asal yang mengandungi maklumat seperti nama ubat, kekuatan ubat, cara pengambilan, kaedah penyimpanan dan tarikh luput.

5. Simpan ubat di tempat yang tidak dapat dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak.
Menyimpan dan meletakkan ubat jauh daripada kanak-kanak adalah cara penyimpanan yang selamat. Meletakkan ubat di tempat yang tinggi dan bekas yang penutupnya tidak dapat dibuka (child resistant cap) dapat mengelakkan kanak-kanak daripada termakan ubat yang boleh membahayakan mereka.
PANTANG LARANG PENYIMPANAN UBAT

1. JANGAN simpan ubat anda di dalam kereta dalam jangkamasa yang lama.
2. JANGAN simpan ubat yang berlainan dalam bekas yang sama dan bercampur aduk.
3. JANGAN simpan ubat anda di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari, suhu tinggi dan kawasan yang lembap seperti di tepi tingkap, di atas peti sejuk dan di dalam bilik mandi.
4. JANGAN simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan berbuat demikian (sila rujuk kepada sisip sungkusan ubat).
5. JANGAN simpan ubat yang telah tamat tarikh luput, rosak atau hilang labelnya.
Contoh tempat penyimpanan ubat yang selamat dan betul:

CONTOH TEMPAT PENYIMPANAN UBAT YANG SELAMAT DAN BETUL:


Semoga bermanfaat! 😄