MENULISLAH JIKA MAHU SIHAT

Assalamuaikum,

Pernah dengar tak ayat "Biarkan wanita membebel kerana itu adalah terapi jiwa seorang wanita!".

Betul la kan? Memang tidak dinafikan juga bahawa wanita lebih banyak bercakap berbanding lelaki. Bagi seorang suami, isteri membebel itu adalah biasa. Bagi seorang anak, melihat si ibu membebel itu adalah biasa. Kerana itu salah satu cara bagaimana wanita meluahkan perasaan dan menenangkan hati mereka.

Teringat pula zaman Saidina Umar Al-Khattab dimana seorang suami tidak tahan mendengar leteran isterinya ingin berjumpa dengan Saidina Umar dan mengadukan hal tersebut serta untuk meminta nasihat dari beliau. Setibanya si suami di rumah Saidina Umar, dia mendengar suara isteri Saidina Umar sedang membebel kepada beliau. Bila mendapati isteri beliau mempunyai tabiat yang sama, si suami membatalkan niatnya untuk bertemu dan hampir berpaling pulang. Tapi Saidina Umar memanggilnya dan bertanya apa tujuan si suami datang.

Si suami pun menjawab, "Tujuan aku datang adalah untuk mengadu hal isteriku yang kuat membebel, tetapi mendapati dirimu juga mengalami nasib yang sama. Lalu aku membatalkan niatku untuk bertemu."

Saidina Umar tersenyum lalu menjawab, "Tidak patut sekiranya aku tidak bersabar dengan karenahnya. Bukankah dia telah memasak, membasuh pakaian, menyabung nyawa melahirkan zuriatku, membesarkan anak-anakku dan tempat aku mendapatkan hajatku? Bersabarlah, kerana keadaan itu tidak lama dan pasti akan pulih sendiri."

Dari kisah ini, bercakap atau membebel adalah fitrah bagi seorang wanita. Lagi-lagi apabila makin bertambah umur, maka makin bertambahlah tanggungjawab dan bebanan emosi yang perlu difikirkan banyak perkara dalam satu masa. 😊

Dalam situasi ini pula, seperti ilah yang seorang suri rumah, jarang sekali berjumpa dengan suami namun ada masa kami sering berhubung melalui mesej whatsapp dan video call. Kawan-kawan pula jarang-jarang berhubung kerana faham setiap orang ada tanggungjawab dan komitmen lain. Tapi percayalah tidak sama rasanya apabila BERCAKAP. 

Lepas tu terjumpa pula sharing tentang "JIKA MAHU SIHAT, MENULISLAH."

Ilah rasa sesuai sangat untuk ilah dan kawan-kawan yang kurang bersosial, namun masih mahu bercakap, berkongsi dan membebel. Menulis juga boleh jadi satu terapi sama seperti membebel kan?

Teringat suatu ketika dulu saat menjejakkan kaki ke sekolah menengah, ilah tak ramai kawan rapat apatah lagi waktu itu kakak yang satu-satunya teman rapat bersekolah asrama. Ilah menulis diari secara konsisten setiap hari sampailah tingkatan 3. Apabila masuk ke sekolah asrama, ilah dah stop menulis diari kerana takut dan bimbang keadaan yang tidak selamat untuk simpan diari peribadi. Hehe.

Jomm baca sharing ni. Semoga bermanfaat!

Doktor berkata, "Insya-Allah. Jika mahu sihat, menulis."
Ada beberapa kajian berkata, menulis, maka anda berbahagia.
Bagaimana boleh jadi begitu?
Sekumpulan pelajar Africa-Amerika dikumpulkan untuk diiuji sebelum dan selepas mereka menulis.
Para pelajar ini memiliki estim diri rendah kerana meragui tahap kepandaian diri berbanding yang lain. Selepas itu, para pelajar diminta agar menulis atau merakam video apakah bayangan mereka mahu lalui sepanjang tempoh menjadi pelajar kolej.

Didapati apa yang mereka bayangkan dalam penulisan dan video mempengaruhi peningkatan gred mereka di kolej. Realiti baharu yang mereka bayangkan dalam teks menjadi realiti sebenar dalam kehidupan.

Tara Parker Pope dari The New York Times mengumpulkan laporan hasil kajian saintifik kesan penulisan ke atas individu. Dia mendapati, menulis membantu mengurangkan depresi. Dalam jurnal onkologi, Randomized Controlled Trial of Expressive Writing for Patients With Renal Cell Carcinoma, dilaporkan penulisan ekspresif berjaya mengurangkan simptom-simpton kanser hati.

Ada juga laporan menyebut, kedatangan pesakit ke hospital didapati menurun kesan daripada proses penyembuhan akal dan tubuh pesakit yang menulis!

Penulisan membantu kita mencipta realiti baharu ke atas diri dan orang lain.
Menulis mempengaruhi tubuh kita secara langsung.
Buku yang ditulis menjadi penyembuhan psikologi dan fisiologi dalam diam-diam.
Jika mahu mencipta realiti baharu, tulislah buku.

kredit: Zamri Mohamad (FB)

MENULISLAH JIKA MAHU SIHAT

Harap lepas ini ilah makin rajin dan konsisten untuk menulis supaya lebih sihat. 😜