IQ TINGGI TIDAK MENJAMIN KEJAYAAN SESEORANG

Assalamualaikum,

Hari ini ilah nak berkongsi tentang IQ yang ilah baca dari satu buku. Ianya sesuatu info yang sangat menarik dan wajib kita ketahui supaya kita boleh ubah pemahaman dan persepsi kita tentang IQ.

Ramai orang menganggap orang yang berjaya adalah seseorang individu yang mempunyai IQ yang tinggi. IQ adalah bermaksud Intelligent Quotient (Nilai Kecerdasan). Untuk mendapatkan nilai IQ seseorang adalah dengan melakukan test atau ujian.

Sehingga hari ini ramai yang percaya IQ sangat mempengaruhi kejayaan, baik kejayaan dalam peperiksaan mahupun dalam kerjaya. Terdapat kajian daripada pakar-pakar psikologi mendapati bahawa IQ seseorang tidak dapat meramalkan pencapaian akademik seseorang. Contohnya, katakanlah ada 30 orang individu yang memiliki ukuran IQ yang berbeza-beza, tetapi kelulusan peperiksaan mereka serupa. Ini menunjukkan tiada korelasi antara IQ mereka dengan kejayaan kejaya mereka.

Daripada kajian lain juga dilakukan untuk memasuki bidang perundangan, kejuruteraan dan sains hanya memerlukan suatu tahap minima IQ dimana tahap minima IQ yang diperlukan itu tidaklah tinggi, malah IQ biasa-biasa sahaja sudah pun cukup iaitu sekitar 100 sahaja.

Ini menunjukkan bahawa IQ yang tinggi tidak menjamin kejayaan dalam kerjaya seseorang, meskipun dalam kerjaya yang memerlukan kepintaran intelektual yang tinggi seperti perundangan, kejuruteraan dan sains. IQ yang tinggi juga tidak membawa kesan yang besar ke atas status sosial sesorang. Ini tidak bermakna orang yang mempunyai IQ tinggi lebih pandai bersosial berbanding IQ rendah.

Situasi ini memperlihatkan bahawa masyarakat kini, guru-guru dan ibu bapa yang tidak mempunyai latar belakang psikologi menganggap murid yang mendapat markah tinggi dalam ujian dan peperiksaan adalah murid yang pintar, lebih-lebih lagi apabila murid tersebut mendapat markah tinggi dalam pelajaran matematik atau sains.

Ibu bapa dan guru-guru perlu tahu bahawa prestasi atau pencapaian akademik seseorang murid itu bukanlah gambaran sebenar bakat atau kebolehan seseorang. Tidak hairanlah ini menjadikan faktor yang menyebabkan mengapa ramai murid yang dilekakkan oleh sekolah kedalam kelas mengikut pencapaian akademik mereka iaitu murid 'cemerlang, 'sederhana' dan 'lemah'. Kebanyakkan sekolah memilih murid untuk dimasukkan ke dalam kelas berdasarkan prestasi murid di dalam peperiksaaan, bukan berdasarkan kebolehan atau bakat murid tersebut.


Apa itu kebolehan dan prestasi?

Kebolehan ialah keupyaan yang ada pada seseorang manakala prestasi ialah apa yang sebenarnya boleh dicapai. Bakat pula ialah sejenis kebolehan.

Ada individu yang memiliki kebolehan tinggi tetapi prestasinya rendah disebabkan walaupun dia memiliki kebolehan yang tinggi, tetapi dia tidak menggunakan kebolehannya. Oleh sebab itu prestasinya tidak setanding dengan kebolehannya.

Prestasi dapat dicapai melalui bakat dan kebolehan semulajadi. Prestasi juga boleh dicapai melalui disiplin diri dan daya usaha yang gigih. Inilah sebabnya mengapa tugas ibu bapa dan guru adalah mengasuh anak-anak supaya mereka belajar disiplin diri dan menanamkan semangat yang sanggup berdaya usaha iaitu berani mencuba tanpa putus asa. Beri perhatian kepada kebolehan, bakat dan prestasi tetapi lebihkan kepada usaha mengembang bakat dan kebolehan kerana dalam kehidupan sebenar bakat dan kebolehan adalah lebih berguna daripada pencapaian akademik di sekolah.

Tak peliklah mengapa pelajar pintar di sekolah dan universiti menjadi individu biasa-biasa dalam kerjaya mereka kerana untuk berjaya dalam hidup selepas sekolah memerlukan lebih daripada pencapaian akademik.

Dalam kehidupan kita, kita dapat lihat banyak contoh orang-orang yang sudah berjaya atau rakan-rakan kita yang lemah ketika di persekolahan,  tetapi mereka kelihatan lebih berjaya atau kaya berbanding pelajar pintar yang lain.

Seorang  pakar psikologi yang berpengaruh dalam bidang kepintaran merupakan profesor psikologi di Universiti Havard iaitu Howard Gardner telah kemukakan teori beliau tentang jenis kepintaran manusia atau dikenali sebagai Multiple Intelligences. Setiap jenis kepintaran mempunyai fungsi yang penting dalam kejayaan seseorang selepas keluar daripada sekolah.

Kesimpulannya, sebagai ibu bapa, kita tidak boleh melabel dan membandingkan anak-anak kita dengan kanak-kanak yang lain melalui prestasi akademik semata-mata. Setiap anak yang dilahirkan dengan kebolehan dan bakat yang tersendiri.

Nanti ilah akan sambung share jenis kepintaran dan multiple intelligences ni untuk next post ya. 😊

No comments