RESEPI CEMPEDAK GORENG YANG RANGUP

Assalamualaikum,

Sekarang ni musim cempedak dah kembali lagi. Siapa tak suka makan buah cempedak goreng ni memang rugi sebab musimnya datang sekali sekala sahaja dalam setahun.

Selain buah durian, buah cempedak jugak mampu mengeluarkan bau yang sangat kuat sehingga mampu buatkan orang berjalan tiba-tiba terhenti sebab tak tahan dengan bau manisnya yang sedap.

“Kak, buah cempedak goreng ni berapa harga?”
“3 ringgit dapat 5 biji dik.” Balas akak manis tersebut.

Ikutkan rasa hati, memang nak sangat. Tergoda bau buah cempedak goreng. Tapi bila fikirkan balik, alang-alang nak makan, biar makan sampai puas. Baik beli buah dan balik goreng.

2 minggu lepas beli buah cempedak harga RM8/kg. Semalam beli dah turun harga jadi RM6/kg. Puas hati dapat goreng berpuluh-puluh biji makan sampai kenyang. Haha.

Jom ilah nak kongsikan resepi buah cempedak goreng yang mudah dan rangup. Takde resepi rahsia ye. Resepi mak yang bagi.

RESEPI CEMPEDAK GORENG RANGUP

BAHAN-BAHAN:
1. 2 senduk tepung beras
2. 1 senduk tepung gandum
3. 1 sudu tepung jagung
4. 1 biji telur
5. Sedikit garam halus
6. Sedikit serbuk kunyit
7. Air secukupnya

CARA-CARA:
1. Campurkan semua bahan-bahan diatas dengan air secukupnya.
2. Kacau sehingga sebati dan tidak berketul.
3. Celupkan buah cempedak dan goreng dalam minyak panas

Tadaaaaa… dah siap! Puas hati sebab boleh makan banyak.

Nota:
1. Ingat nisbah 2:1 (tepung beras: tepung gandum).
2. Ilah letak tepung jagung nak bagi lebih crispy.
3. Pastikan buka/kopek buah cempedak dengan cara betul. Jangan belah tengah macam potong buah pulak. Jenuh nak korek satu persatu.
4. Pakai sarung tangan atau alas plastik untuk elakkan terkena getah buah. Boleh sapu minyak dekat pisau sebelum belah untuk elak getak lekat pada pisau.
5. Kalau terkena getah buah, sapu dengan minyak masak.

RESEPI CEMPEDAK GORENG YANG RANGUP

RESEPI CEMPEDAK GORENG YANG RANGUP

RESEPI CEMPEDAK GORENG YANG RANGUP

RESEPI CEMPEDAK GORENG YANG RANGUP

RESEPI CEMPEDAK GORENG YANG RANGUP
Semoga bermanfaat! Enjoy musim buah selagi masih murah. 😄

No comments