TREND BAWA ANAK TENGOK WAYANG

Assalamualaikum,

"Didiklah anak ikut zaman mereka." - Ayat pendek, namun besar dan dalam pengertiannya.
Sebagai ibu bapa, perlu memahami konsep ini dalam melaksanakan pendidikan dan membesarkan anak-anak. Cabaran menjadi ibu bapa dan membesarkan anak pada masa kini tidak sama sekali seperti ibu bapa kita.

Oleh sebab itu, ilmu keibubapaan atau parenting sangat penting masa kini. Tanpa ilmu, kita akan jadi ibu bapa yang mudah terikut-ikut dengan budaya atau trend masa kini disebabkan oleh kemudahan akses info dan viral yang hanya dihujung jari. Ilah sendiri akui tidak mudah untuk jadi ibu bapa yang berpegang teguh dengan pendirian, ada kala kita TERdetik untuk ikut supaya tidak dilabel sebagai parents yang ketinggalan zaman atau not up-to-date orang kata.

Lately banyak trend ibu bapa yang bawa kanak-kanak dan anak kecil ke panggung wayang. Bangga berkongsi gambar di media sosial demi keseronokkan anak-anak katanya. Banyak pihak mengambil kesempatan untuk menggalakkan ibu bapa bawa anak ke panggung wayang.

Adakah kita sedar trend membawa kanak-kanak ke panggung wayang ni merbahaya dan banyak memberi kesan yang kurang baik berbanding manfaatnya?

TREND BAWA ANAK TENGOK WAYANG

Ilah lebih suka gunakan perkataan kanak-kanak iaitu merujuk kepada anak-anak yang berumur 8 tahun ke bawah. Kalau guna perkataan anak-anak, ada juga yang bawa anak-anak yang dah berusia 13 tahun ke atas.

Ada beberapa point yang ilah nak kongsikan dan diharap ibu bapa dapat mempertimbangkan sebelum buat keputusan tanpa berfikir.

1. BUNYI
Ilah pasti kebanyakkan kita sudah ada pengalaman tengok wayang di panggung wayang bersama kawan-kawan dan juga suami sebelum ada anak kan? Kadang-kadang effect bunyi dari action movie contohnya dah buat kita rasa sakit telinga. Ini telinga orang dewasa, bagaimana pula kesan kepada kanak-kanak yang didedahkan dengan bunyi yang agak kuat?

Screenshot pertama ialah balasan mesej dari GSC cinema Malaysia dan screenshot terakhir adalah pengakuan pekerja panggung wayang luar negara yang telah dikongsikan oleh Puan Uswatun Hasnah. 
TREND BAWA ANAK TENGOK WAYANG


TREND BAWA ANAK TENGOK WAYANGTREND BAWA ANAK TENGOK WAYANG

Keduanya mengesahkan hal yang sama iaitu panggung wayang BUKAN tempat untuk kanak-kanak di bawah 2 tahun.

Faktanya, pendedahan lama iaitu anggaran lebih 2 hingga 8 jam kepada bunyi melebihi 85db-90db sangat berisiko buat pendengaran ORANG DEWASA apatah lagi buat anak kecil. (sumber: hearinglosthelp.com). Untuk rekod perbandingan bunyi, penyedut hampagas sekitar 70db, perbualan biasa 60db dan gergaji elektrik ialah 110db. Bunyi wayang? Owhh...sangatlah banyak tingginya dari itu.

Ok pasti ada yang akan berkata, 'Saya biasa je bawa baby gi wayang.Ok je tak de apa.'
Soalannya, menonton wayang ini aktiviti kehendak siapa? Ibu bapa atau anak kecil? 😔

2. AKSI
Kebanyakkan filem untuk tatapan umum sudahpun ditetapkan had umur iaitu 13PG yang bermaksud hanya sesuai untuk 13 tahun ke atas. Bagaimana pula untuk kanak-kanak yang di bawah umur 13 tahun? Belum lagi filem yang dikategorikan untuk had umur 18 tahun ke atas. Sesuai untuk ibu bapa, namun belum sesuai untuk tontonan anak-anak. 

Kanak-kanak yang belum matang akan belajar melalui persekitaran mereka dengan menggunakan deria mereka iaitu apa yang mereka lihat, dengar dan sentuh.

Bagaimana pula dengan filem aksi ganas atau cinta? Tidakkah ini akan memberi kesan kepada tingkahlaku anak?

Tidak peliklah jika anak-anak banyak belajar daripada pengaruh  filem atau televisyen yang mereka tonton. 

3. PAWAGAM MESRA KANAK-KANAK
Tidak dinafikan ada pawagam yang memperkenalkan dan menyediakan pawagam mesra kanak-kanak di mana terdapat tempat duduk yang selesa malah playground dalam pawagam. Ibu bapa tidak perlu risau andaikata anak bosan kerana tempat bermain disediakan untuk kanak-kanak.

Again, jika inginkan anak kebebasan untuk bermain, bawalah mereka ke tempat yang sepatutnya. Tiada manfaat khusus aktiviti menonton wayang kepada anak kecil kepada perkembangan atau stimulasi pancaindera mereka. Anak-anak berhak mendapat peluang dan kebebasan untuk bermain di taman permainan, taman rekreasi, 'outdoor nature theme park', pantai, gym kanak-kanak dan mana-mana tempat yang memberi anak peluang mengunakan keseluruhan deria mereka.

Jika inginkan anak 'belajar' melalui cerita yang bermanfaat, gunakanlah kemudahan teknologi yang ada di dalam persekitaran yang lebih selesa dan boleh dikawal iaitu di rumah.


TREND BAWA ANAK TENGOK WAYANG

4. KEMAHUAN ATAU KEPERLUAN?
Jika anda atau ibu bapa benar-benar perlukan 'me time' untuk menonton wayang, tinggalkanlah anak kecil anda sementara waktu kepada penjaga yang di percayai. Ini lebih baik dan selesa bukan saja buat anda, tetapi kepada orang lain juga.

Ramai ibu bapa mengambil kesempatan keatas kemahuan diri sendiri dengan alasan 'kepeluan' anak. Hakikatnya, baik untuk kita namun belum tentu baik untuk anak-anak kita.

Tidak hairanlah jika ada anak yang seawal 13 tahun sudah biasa melepak dan menghabiskan masa di panggung wayang bersama rakan-rakan selepas sesi persekolahan. Lebih merisaukan adalah budaya ponteng sekolah dan membawa masalah sosial.

Jika kita tidak dedahkan kepada anak, mana mungkin anak akan terbiasa kan?

Perkongsian ini bukan ditujukan kepada sesiapa. Malah ianya adalah peringatan untuk diri ilah sendiri pada masa akan datang. Pilihan di tangan kita untuk mencorakkan anak-anak dan generasi akan  datang.

Ada kala, kita buat silap kerana kita tidak tahu atau lakukan sesuatu tanpa sedar. Diharap sedikit sebanyak perkongsian ini mampu mengubah tindakan kita untuk kebaikkan anak-anak kita pada masa akan datang. 😊

No comments