ZIKIR FATIMAH MENGHILANGKAN PENAT WANITA

Assalamualaikum,

Hari ini ilah nak berkongsi  antara zikir dan amalan yang perlu diamalkan oleh setiap wanita samada isteri, ibu dan yang bekerja. Wanita dan penat tidak dapat dipisahkan. Adakala kita menangis, mengeluh dan memendam rasa penat yang terbuku di hati.

Tidak dinafikan ramai isteri yang mengeluh penat dan stress kerana tugas yang tak menang tangan menguruskan keperluan rumahtangga, anak-anak malah turut keluar bekerja membantu suami mencari rezeki.

Antara cara kebiasaan wanita untuk menghilangkan penat adalah bercuti dan juga ke spa untuk melegakan dan merehatkan tubuh. Hakikatnya dalam Islam sendiri telah mengajar cara untuk menghilangkan penat melalui amalan zikir atau tasbih Fatimah yang telah diajarkan sendiri oleh Rasulullah kepada puteri baginda Saiditina Fatimah r.a.

Kisahnya dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib r.a tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.

Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah s.a.w untuk meminta seorang pembantu. Tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah s.a.w dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.

Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu baginda tentang permintaan puterinya.

Lalu baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.

Lalu baginda bersabda;

“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)

Maka disaran kepada wanita, isteri dan ibu-ibu yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Zikir/Tasbih Fatimah ini setiap malam sebelum melelapkan mata.

ZIKIR/ TASBIH FATIMAH

Allahu Akbar – 34 kali
Subhanallah – 33 kali
Alhamdulillah – 33 kali
 ZIKIR FATIMAH MENGHILANGKAN PENAT WANITA

Dalam pada itu sentiasalah mendidik hati kita untuk ikhlas melakukan semua tanggungjawab agar tidak merasakan ia sebagai bebanan yang memenatkan. Jika tidak mendapat penghargaan di dunia, percayalah Allah tidak akan mensia-siakan penat lelah kita di akhirat nanti. 😊

 ZIKIR FATIMAH MENGHILANGKAN PENAT WANITA
Alhamdulilah ada si kecil yang rajin membantu di rumah 😜

 ZIKIR FATIMAH MENGHILANGKAN PENAT WANITA
Insyallah segala penat lelah kita untuk keluarga, 
Allah sediakan ganjaran untuknya. Ameen. 

Antara salah satu tip yang ilah amalkan setiap hari untuk kekal cergas bertenaga dan emosi yang positif adalah dengan pengambilan supplement Shaklee. Setiap pagi ilah akan make sure breakfast dengan minuman protein ESP yang berikan tenaga berpanjangan setiap hari. Perut tak cepat rasa lapar. Badan pun tak rasa cepat penat. Percayalah, bila badan penat secara tidak langsung memberi kesan kepada emosi kan?



No comments