HAI, SAYA MERUPAKAN PEMBIMBING RAKAN PENYUSUAN ANDA!

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, lega rasanya bila habis pantang ini walaupun macam takde beza banyak sangat pun dari segi amalan pemakanan semua tu. Semua daku makan je. Haha.

Cuma kali ini perubahan berlaku untuk suaikan diri dan juga dari segi rutin ummi anak dua. Secara tidak langsung, bermula lah perjalanan penyusuan buat kali kedua untuk anakanda Abdullah Zharif. Alhamdulilah, masih mempunyai peluang untuk rasa pengalaman kedua menyusukan anak. Setiap pengalaman itu sangat bermakna kerana ianya pasti tidak akan sama dengan yang pertama.

Jadi, dengan asbab ini, insyaAllah saya akan terus komited dan konsisten berkongsi pengalaman dan ilmu penyusuan sebagai Pembimbing Penyusuan atau Breastfeeding Peer Counselor di bawah Malaysian Breastfeding Peer Counselor Association (Mbfpca).

Rugilah kalau ada ilmu, tapi tidak beramal dan tidak sampaikan pada orang kan? Saya percaya, setiap amalan kita atau apa yang kita lakukan itu akan menjadi mudah bila kita ada ilmu pengetahuan. Begitulah juga dalam penyusuan. Penyusuan ibu bukan perkara magik, tetapi perlu ada usaha secara berterusan dan kesungguhan dari ibu untuk menyusukan anak.

Doakan agar saya terus komited dan konsisten untuk menulis, berkongsi dan membantu lebih ramai ibu untuk menyusukan anak mereka ya. 


Jika anda merupakan seorang ibu yang memerlukan bantuan atau sokongan penyusuan, boleh cari mana-mana pembimbing penyusuan atau kaunselor laktasi yang berdekatan. Atau ibu juga boleh menghubungi saya. 😊


Klik sini untuk baca pengalaman saya menghadiri Kursus Pembimbing Penyusuan pada tahun 2019.

HAI, SAYA MERUPAKAN PEMBIMBING RAKAN PENYUSUAN ANDA! 😉

Terima kasih.
FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA


visit myblog: https://suricergas.blogspot.com/

No comments