
Assalamualaikum,
Perkara pertama asas sebelum memulakan penyusuan adalah ibu perlu tahu bagaimana susu ibu terhasil. Inilah kehebatan ciptaan Allah yang menjadikan hanya wanita sahaja mampu untuk menghasilkan susu ibu. Yang ini masih ramai keliru atau tidak tahu bagaimana susu ibu terhasil. Meh sini saya kongsikan.
Ada dua organ utama yang diperlukan untuk proses menghasilkan susu ibu iaitu: PAYUDARA dan HIPOTALAMUS iaitu terletak di bahagian otak.
Jom kita tengok proses bermula saat anak mula menghisap.
1. Apabila bayi menghisap payu dara, rangsangan yang ada pada puting ibu akan hantar isyarat dekat bahagian otak iaitu HIPOTALAMUS dan menyebabkan kalenjar pituitari ni merembeskan/melepaskan hormon PROLAKTIN dan OKSITOSIN ke dalam darah.
2. Prolaktin dalam darah mengalir ke kalenjar alveoli payudara menyebabkan susu terhasil. Susu yang terhasil ni perlu dikeluarkan supaya boleh menghasilkan susu seterusnya.
Jika bayi tidak menghisap, ibu perlu mengeluarkan susu tersebut dengan menggunakan pam atau memerah. Jika tidak dikeluarkan atau dibiarkan, boleh menyebabkan bengkak susu dan penghasilan susu akan berkurang.
Fungsi prolaktin yang lain:
- Mencetuskan penghasilan susu
- Buat ibu rasa mengantuk dan tenang
- Melewatkan kedatangan haid
- Menimbulkan perasaan keibuan
3. Oksitosin dalam darah pula bertindak ke atas otot kalenjar susu. Otot tersebut mengecut dan tolak susu keluar. Proses ni dipanggil refleks pancutan susu. Refleks ni penting untuk bayi dapat susu secukupnya.
Bagaimana oksitosin boleh terhasil?
Jika ibu dengar anak menangis atau teringat pada anak pun oksitosin boleh terhasil. Ini menyebabkan susu mengalir keluar.
Jika ibu risau, stress, sakit atau malu, oksitosin sukar untuk dirembeskan dan susu tak dapat keluar dengan lancar. Sebab itu oksitosin dipanggil hormon gembira atau cinta. Ibu menyusu tak boleh risau atau stress! 

Antara fungsi lain oksitosin:
- Mengecutkan otot sekeliling kalenjar alveoli dan memancutkan susu keluar dari payudara
- Mengecutkan rahim kembali pada saiz asal
- Kurangkan pendarahan lepas bersalin
- Bantu ibu rasa kasih sayang pada bayi
Banyak lagi saya nak kongsikan proses bagaimana susu ibu terhasil ni. Bila kita tahu dan faham tentang proses dan fungsinya, kita akan enjoy sepanjang proses menyusu. Tak bergantung pada supplement, ubat tambah susu dan sebagainya.
Sekali lagi, susu terhasil bila ada demand dari anak.
Allah dah jadikan wanita sebaik-baik kejadian dan fungsinya.
Semoga bermanfaat!
FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA
visit myblog: https://suricergas.blogspot.com/