KENAPA SUSU SAYA CAIR? KENALI KOMPOSISI SUSU IBU

Assalamualaikum,

Seringkali kita melihat banyak luahan ibu yang menyusu tentang masalah kenapa susu saya cair? Bagaimana untuk dapatkan susu yang pekat?

Biasanya ada ibu yang risau bila tengok hasil susu cair dan tidak pekat. Adakah susu cair itu tak bagus dan yang pekat tu bagus?

Mari kita sama-sama belajar untuk kenali komposisi susu ibu.

Susu ibu terbahagi kepada dua iaitu susu kolostrum (awal kelahiran) dan susu matang yang terdiri daripada 'foremilk' dan 'hindmilk'. Kali ni sy nak share tentang susu matang.

FOREMILK
Foremilk ni adalah susu awal yang berada di hadapan breast dan keluar waktu awal-awal mula masa bayi menyusu dan pam.

Rupa foremilk LEBIH CAIR dan mengandungi banyak air. Warnanya pun akan nampak kehijauan atau kebiruan. Tahap laktosa lebih tinggi dalam foremilk penting untuk tenaga, perkembangan dan menghilangkan DAHAGA bayi.

Secara lumrahnya, anak akan minum air dahulu untuk hilangkan dahaga, barulah makan.
Jadi, ibu jangan risau bila tengok keadaan susu cair dan tak pekat sebab itu adalah susu awal iaitu foremilk. 

HINDMILK
Hindmilk pula adalah susu akhir yang berada di belakang breast dan keluar selepas beberapa minit kita pam selepas foremilk habis keluar.

Warna hindmilk LEBIH PEKAT dan kekuningan berbanding foremilk. Hindmilk mengandungi lebih kalori dan lemak yang tinggi berfungsi memberi TENAGA kepada bayi, membantu tumbesaran dan buatkan bayi rasa KENYANG.
KENAPA SUSU SAYA CAIR? KENALI KOMPOSISI SUSU IBU

KENAPA SUSU SAYA CAIR? KENALI KOMPOSISI SUSU IBU
Lagi kerap breast dikosongkan, lagi banyak hindmilk dihasilkan. Sebab tu ibu-ibu kena pam dan biarkan anak menyusu atleast 15-20 minit supaya semua susu dapat dikeluarkan.

Kalau anak minum dan pam sekejap-kejap, hasilnya adalah foremilk sahaja. Anak tidak akan dapat hindmilk dan anak akan rasa tidak kenyang dan cepat lapar. Elakkan tukar-tukar breast dalam satu masa kerana takut anak tidak dapat susu di belakang iaitu hindmilk.

Jangan biarkan breast ibu penuh atau bengkak sebab lebih banyak susu cair iaitu foremilk dihasilkan. 
Tak usahlah rasa kecewa atau risau bila tengok hasil susu cair. Memang begitu Tuhan jadikan komposisi susu ibu. Kedua-dua komposisi susu ibu mempunyai fungsi yang tersendiri.

Jangan percaya sebelah breast adalah air, sebelah lagi adalah makanan. Komposisi susu kedua-dua belah breast adalah sama iaitu foremilk & hindmilk. Fokus satu breast pada satu masa untuk penyusuan lengkap.

Dah faham fungsi foremilk & hindmilk? Alhamdulilah.

Terima kasih.
FADZIELAH AYUB
Pembimbing Rakan Penyusuan Anda
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
#Breastfeeding_FA