
Sebelum ni saya kongsikan apa itu susu awal atau kolostrum. Bila dan berapa hari kolustrum terhasil sebelum susu matang. Kenapa kolostrum sangat penting Dan kenapa ibu perlu tukar mindset pada awal kelahiran.
So bila dah kenal dan tahu kepentingan kolostrum ni, mari kita baca tip-tip yang boleh membantu ibu terutama yang sedang mengandung tunggu masa untuk bersalin nanti. 😊
🔸 Pada hari kelahiran, pastikan skin to skin atau kulit ke kulit dengan bayi sejurus bayi keluar. Biasanya doktor atau nurse akan letakkan bayi pada dada ibu.
🔸 Usahakan untuk bawa bayi ke breast supaya bayi dapat melekap dan menyusu untuk kali pertama. Kalau ibu masih mamai keletihan atau tidak tahu caranya, minta bantuan doktor, bidan atau nurse yang bertugas.
Ini yang sy lakukan untuk minta tolong betulkan kedudukan bayi pada breast supaya dapat susukan bayi. Alhamdulilah. Masa ini memang mengantuk sangat. Bersalin pukul 1.20 pagi. Pada masa yang sama terus lupakan sakit doktor tengah jahit bila dapat sentuh bayi. 😁
🔸 Ini penting supaya proses stimulasi atau rangsangan dapat berlaku dan susu kolostrum dikeluarkan dengan cara efektif iaitu melalui hisapan bayi.
🔸 Lepas keluar dari labour room, request supaya bayi ada bersama dengan ibu di wad dan elakkan bayi berada di nurseri ketika di hospital supaya ibu dapat susukan bayi dengan kerap. Ini secara tidak langsung membantu penyusuan ibu secara berterusan.
Untuk ibu kali pertama, ubah mindset bahawa susu tiada atau tidak cukup. Susu sedikit tetap susu. Bermakna susu ada dan cukup untuk keperluan perut bayi yang kecil.
Teruskan menyusu dengan kerap supaya susu dapat dihasilkan dan dikeluarkan. Susu bukan automatik banyak ye. Perlu ada rangsangan dan demand dari bayi, baru susu ibu boleh dihasilkan.
Gambar kenangan sejurus lepas melahirkan Abdullah Zharif. 😊