
Assalamualaikum,
Dah lama tak update di sini. Petang tadi apa yang ditunggu-tunggukan tiba juga. Tipulah kalau tak berdebar langsung. Feeling tu sama macam tunggu result exam spm penentu masa depan. hehe. Tunggu apa tu? Result swab test.
Apa pun, pertama sekalu saya bersyukur sangat sebab result pcr swab test untuk suami dan anak-anak saya negatif. As expected, "I AM POSITIVE".
Bagaimana boleh positif?
Kalau ikut checklist dalam MySejahtera tu, saya ada hampir kesemua simptom atau gejala covid-19 sehinggalah lepas dah hampir sihat semua barulah mengalami simptom hilang deria rasa dan bau. Kalau tengok dalam checklist tu, hari pertama (Selasa, 1/6/2021) saya mula mengalami demam dan selsema diikuti rasa kesejukan, sakit kepala, sakit keseluruhan badan, rasa penat tak bermaya dan tak boleh fokus untuk buat kerja. Sekali sekala datang angin sejuk menyucuk sampai ke tulang dan sampai menggigil satu badan. Bila dah rasa sakit kepala, memang rasa loya tu ada. Simptom sama seakan alahan ibu mengandung. Hehe
Lucu juga kalau nak ingatkan balik macam mana boleh yakin bergejala tu kisahnya macam biasa pagi ahad nak siapkan breakfast untuk semua. Abah request teh tarik. Hah, berlambak jugaklah susu pekat letak tapi still takde rasa. so tawakal je la hidang atas meja, kata abah "uishh manis air teh pagi ni." hah! manis sangat-sangat ke? Cuba pula makan roti canai cicah kari, plain je rasa. Botol belacan pun takdak bau apa. Gula garam semua rilek je kemam. hehe
Apa perlu buat bila anda syak mengalami gejala Covid-19?
First step apabila anda rasa disyaki bergejala, sila bertenang dan cari klinik atau pusat untuk buat swab test dengan segera. Nak walk-in ke hospital atau KK pun boleh. Tapi disebabkan waktu itu adalah hari hujung minggu, kami buat keputusan untuk cari klinik swasta. Result pun lebih cepat. Kes kami banyak klinik tak buat pada hari Ahad. Ye la, hujung minggu kan. Jadi kami kena tunggu keesokkannya. Terus itu juga start self-quarantine dari ahli keluarga lain sehingga dapat result. If bergejala, terus lakukan pcr test kerana accuracy lebih tinggi berbanding hanya rtk. Ralatnya dari kesilapan saya sendiri mulanya ingat hanya demam biasa-biasa je.
Apa pun, mohon doa sahabat-sahabat semua semoga dipermudahkan ujian kami sekeluarga. insyaAllah, Allah juga sebaik-baik penjaga dan penolong. ❤️
Next, sabar menanti panggilan KKM untuk tindakan selanjutnya. Apa pun, keep and stay positive because i am 'positive'! 💪
Doakan abah Ahmad Zakwan Abd Rahman sabar jaga anak-anak tanpa ummi. Terima kasih dan hanya Allah yang dapat membalasnya. hehe
Take care everyone!
#CovidStory_FA