
Ok nak cerita pengalaman persediaan sebelum swab test. Untuk kali pertama, mesti ada rasa takut dan berdebar kan? Untuk kita yang dewasa ni, redah sahajalah. Tapi untuk anak-anak, bagi saya eloklah kita buat preparation.
Ini yang saya lakukan sebelum kami ke klinik. Saya explain pada anak sulung kami, Zayd yang berumur 4 tahun 9 bulan yang kami akan ke klinik dan doktor akan pakai baju putih macam coverall. Nanti doktor nak check hidung dan mulut ummi, abah, Zayd dan adik. Boleh ke tak boleh? Dia pun jawab boleh.
Kemudian saya berikan dia pegang putik kapas. Saya explain prosedur swab test sambil tunjuk video kanak-kanak lain yang ok. (Janganlah tunjuk contoh video kanak-kanak yang melawan atau menangis kesakitan pula 😅). Saya tunjuk lagi cara-cara atau prosedur tersebut dengan menggunakan putik kapas dan explain sekali lagi doktor akan guna yang lebih panjang sebab nak masuk dalam hidung. Yang pendek ni untuk masuk dalam telinga je. Yang ni ummi guna untuk buat apa? - Korek telinga jawabnya.😄. Ok dia faham.
Zayd dah ready? - Dah.
Kami pun siap-siap untuk ke klinik bersama.
Ini penting untuk persediaan emosi dia.
Alhamdulilah, sepanjang proses swab test berjalan dengan lancar. Anak tak menolak mahupun meragam kecuali sikecil Zharif tu, abahnya kena tolong pegangkan. hehe. Lepas kena jolok hidung tu, zayd tak menangis tapi keluarlah jugak air mata dia.
Semasa proses, ibu bapa boleh pegang dan biarkan anak duduk atas riba penjaga. Tapi jika anak dah besar, biarkan sahaja mereka duduk dengan tenang. Untuk Zayd, dia duduk sendiri atas kerusi dan abah pegang tangan disisi. hehe
Semoga tip ni membantu untuk ibu bapa jika anak terpaksa melalui prosedur swab test ni. Kesakitan secara paksaan boleh menyebabkan trauma kepada kanak-kanak. Bantu mereka untuk fahami situasi yang perlu mereka lalui.
Semoga bermanfaat! Take care everyone!❤️
#covidstory_fa