BILA MOOD KELAUT

 Hari ni emosi tak berapa ok.

Rasa terganggu sikit.

Mungkin disebabkan banyak  baca berita negatif di medsoc. Macam-macam isu kebelakangan ini. Kisah adik bella, angka makin melonjak, sharing frontliners yang kepenatan, komplen dan marah rakyat itu ini.

Sejujurnya hati saya ni lembutlah jugak. Mudah terkesan dengan apa-apa cerita. Kalau orang share kisah gembira, saya boleh tersenyum sendiri baca seolah rasa yang sama. Cuba bayangkan kalau hal yang sedih pula? Tapi saya suka rasional tidak terbawa-bawa. Tapi ada kala, terbabas juga.
At the end saya yang penat. Boleh rasa sesak dan lemas dengan macam-macam yang berlaku kat dunia ini. Rasa nak duduk dalam dunia sendiri je.

Sebab tu saya memilih. Memilih apa yang nak baca atau nak tengok. Sibukkan diri dengan perkara yang mendatangkan manfaat untuk diri. Kurangkan masa di medsoc. Kita tahu limit kita dan kita kenal cara kita respon.

Silap jugak banyak masa luang duk scroll dan baca. Itu bahaya. Tanpa sedar benda negatif tu akan terpalit pada kita. Ikutkan, dah lama saya berjaga-jaga dgn medsoc ni. Fb tu boleh dikatakan berhabuk dah. Selesa di ig je. Jangan pelik kenapa saya suka share aktiviti saya, anak-anak dan pokok-pokok. Dengan itu, saya rasa enjoy dan gembira dengan dunia saya.

Suami ni bijak. Dia boleh baca gerak geri kita. Dia tahu saya tak ok. Saya banyak diam je sejak pagi tadi. Saya tak sentuh meja kerja saya. Kalau saya tak ok, mulut saya akan berat. Sebab dalam kepala saya sibuk supaya kembali fokus. Saya akan banyak diam. Hah, faham lah suami saya. So dia offer untuk belikan lunch. Tak payah masak hari ini katanya. Ya, memang saya malas nak buat apa-apa hari ini. Dah faham sangat dengan saya. Kalau saya malas dan tak buat apa-apa rutin biasa, itu pelik dan pasti ada yang tak kena. haha

Macam biasa, makanan/minuman manis tak pernah gagal bahagiakan manusia. Balik dari kedai,  suami cakap ada tealive untuk saya.

Tersenyum. Terima kasih kerana memahami.

Kadang-kadang tak semua perlu luah dengan kata-kata.
Jangan layan lama-lama perasaan tak ok tu. InsyaAllah petang ni dah ok sikit lepas boleh ubat kencing manis ni. haha. Boba pun boba la. Haha

Please take care everyone! ❤️

Ada hari kita ok. Ada hari kita tak ok.

It's okay. Jangan nafikan apa yang kita rasa.

Cari jalan atau teman untuk berkongsi cerita.

Atleast kita rasa lega dan tak terbawa-bawa dengan emosi kita.

Jangan abaikan kesihatan fizikal dan mental.