PENGALAMAN VAKSIN COVID-19 DOSE PERTAMA

 Alhamdulilah! completed my first dose.

Apa perasaannya?

Lega dan syukur. Rasa nak menitik air mata pun ada. Rasa lega dapat tunaikan tanggungjawab pada negara tercinta.

Saat kita rasa hopeless dan tak berdaya, 
Tersepit dengan  rasa ragu-ragu atau takut..
ketahuilah, ini adalah jalan terbaik yang kita boleh lakukan iaitu vaksinasi. Masih tenangkah tengok sahaja angka positif dan kematian meningkat tanpa buat apa-apa?
Ini perjuangan kita bersama.

Kalau faham maksud herd immunity, anda takkan sewenang-wenangnya  memperlekeh usaha kerajaan ini dan ahlinya.  Nak capai herd immunity, kita mesti sama-sama turun padang untuk capai  kelompok 80% herd immunity itu.

Berjaya atau tidak?

Kita tak tahu. Atleast kita mencuba dan berusaha sehabis daya upaya kita. Kemudian kita bertawakal.
Saya pernah rasa kesan akibat covid. Alhamdulilah sembuh tanpa komplikasi yang teruk. Selagi anda boleh kurangkan risiko, ambil lah vaksin. Fahami tujuan dan fungsi vaksin itu sendiri dan herd immunity.

Pengalaman saya ketika proses pemberian vaksin dan selepas setakat ini baik-baik sahaja. Saya dapat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di PWTC dan vaksin jenis Astrazeneca atau dikenali sebagai AZ. Ikutkan, saya tidak kisah pun dapat mana-mana jenis vaksin asalkan dapat vaksin covid19.

Kesan post-vaccine pula hanya sakit dan lenguh pada bahu sahaja. Saya tidak mempunyai gejalan atau simptom seperti demam dan sebagainya. Alhamdulilah. Agaknya badan pun dah imun dengan virus sebenar. 😁

Next dose kedua pula adalah selepas 9-12 minggu dari tarikh dose pertama.



Apa pun saya bersyukur kerana hampir kesemua ahli keluarga saya sudah lengkap kedua-dua dos vaksin. Insyallah, ada harapan untuk negara kita kembali pulih dan harap-harapnya tahun depan dapat rentas negeri balik kampung.  Ameen.😊

Alhamdulilah. Suami dah complete dua dose vaksin

Alhamdulilah. Mak dan ayah saya dah complete dua dose vaksin

Alhamdulilah. Mak dan ayah mertua dah complete dua dose vaksin


Kalau anda pernah rasa effect bila terkena covid19 ni, anda tak sanggup dan taknak bagi parents, anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan terkena dan lalui apa yang kami lalui.

Jadi saya tetap akan tulis tulis tulis walaupun benda yang sama banyak kali.

Jangan tolak vaksin.

Jangan percaya dakyah-dakyah tuduh ini konspirasi ke apa. Sebab apabila anda terkena, mereka yang duk menyebar dan menghasut takkan buat apa-apa pun. At the end anda yang hadap sendiri dan keluarga atau orang terdekat boleh terima kesannya juga.

Sebagai anak, bantu ibu bapa kita. Kalau mereka taknak, pujuk dengan baik-baik dan sampaikan info yang tepat.

Nak saya tolong pujukkan pun boleh. Saya akan cakap baik-baik yang saya sayang makcik pakcik semua. Kalau sembuh dan sihat pun, badan makcik pakcik semua tak sama macam dulu.

Nanti kalau masjid dah bukak, lagi sedih tak dapat nak ke masjid sebab semput, lelah atau sakit lain kesan dari long covid. Dah terkena, menyesal pun tak guna makcik pakcik. Kita tawakal je. Bukan tawakal tak buat apa-apa. Vaksin tak jamin takkan terkena. Tapi kalau terkena lepas vaksin, effect mungkin tak teruk sangat ye makcik pakcik. 🥰

haaa. nampaknya saya dah prepare skrip siap-siap untuk memujuk orang degil taknak vaksin ni. haha 😁

Klik sini untuk baca Tip Sebelum dan Selepas Vaksin

Take care everyone!