
Alhamdulilah. Pagi-pagi dah dapat mesej untuk temujanji dos pertama vaksin.
Tak perlu tunggu 3 bulan ye untuk pesakit covid yang dah sembuh. Boleh terus proceed temujanji anda kecuali anda terima rawatan convalescent plasma atau monoclonal antibodies.
Tak perlu tunggu 3 bulan ye untuk pesakit covid yang dah sembuh. Boleh terus proceed temujanji anda kecuali anda terima rawatan convalescent plasma atau monoclonal antibodies.
Ayuh! kita tunaikan tanggungjawab kita untuk bina HERD IMMUNITY! keadaan makin kritikal sekarang.
Ada orang sengaja tolak vaksin. Sengaja tidak berdaftar. Sengaja lengah-lengahkan sebab tak nampak kepentingannya sekarang. Sengaja tak daftarkan mak ayah di kampung sebab alasan mereka tak keluar rumah. Tapi lupa, anak-anak keluar masuk melawat mereka.
Anda selfish sebab SENGAJA tolak vaksin tanpa sebab-sebab yang melayakkan anda berada dalam kumpulan 20% yang tak boleh ambil vaksin tu. Bila cakap anti-vaksin, sentap. Bukan katanya. Habis tu apa? gunalah perkataan cantik dan sopan sekali pun, tetap sama juga.
Lepas tu banyak cakap, banyak komplen, banyak memperlekehkan usaha pelbagai pihak untuk membendung. Tapi hakikatnya anda TAK BUAT APA-APA PUN untuk membantu. Anda je yang betul.
Geram orang yang berpelajaran tapi ada fikiran macam tu waktu begini. Tak rasa atau kena covid ni, bolehlah memperlekeh. Lepas tu nak tumpang sekali herd immunity ini. (Kalau mereka faham apa itu herd immunity).
Saya doakan semoga hati kalian terbuka untuk sama-sama berjuang. Berusaha dan berikhtiar untuk ambil vaksin. Ambil vaksin tak jamin kebal, tapi kesannya sangat mild dan minimum. Lepas tu teruslah amalkan apa-apa pegangan atau makanan abcdef yang kalian percaya dapat elakkan terkena covid ini. Tetapi ambil lah vaksin untuk HERD IMMUNITY (harap fahamlah maksud herd immunity ini apa).
Jarang saya meluah perasaan ini.
![]() |
Alhamdulilah. Rasa nak melompat bila dapat mesej ni. |
![]() |
Kredit: Fb Dr Hanisah |
![]() |
Kredit: FB Dr Hanisah |
Take care everyone! Jika anda masih belum dapat temujanji untuk vaksin, harap sabar menunggu. Dengar kata, bermula Ogos nanti dah boleh walk-in.