HAI! SAYA PENGGUNA THERMOMIX-TM6

Lebih kurang dah sebulan jadi pengguna thermomix ni. Alhamdulilah so far tak pernah kecewa lagi walaupun pada awalnya sedikit jakun dan kekok nak guna. 

Maklumlah kita dah biasa ketang ketung dengan sudip kuali di dapur. Dulu takut-takut je nak guna benda canggih ni. haha

Tak terlintas dalam fikiran nak beli benda ni sebab bukan kehendak. Keperluan tu jauh sekali lah sebab saya  boleh dikatakan berada dalam kategori rajin dan sedikit pandai memasak. Acecece..

Tak..Nak kata pandai tu, taklah sangat. Memasak ni tak perlu pandai, tapi sedikit rajin dan masa di dapur. hehe. Jadi, bagi saya takde masalah untuk memasak setiap hari di rumah sebab dah jadi rutin. hehe

Sejujurnya tak tahu apa yang merasuk suami saya kali ni. Takde angin takde ribut dia buat surprise beli senyap-senyap.

Biasanya kalau apa-apa dia tanya terus saya nak apa atau suka ke tak. Haha. Tahu-tahu ada kotak sampai di rumah. Waktu tu kami sekeluarga dalam kuarantin. Tak tahu nak rasa apa. Nak marah merajuk pun tak jadi sebab benda dah beli. Saya rasa membazir je beli. Curious pun ada jugak. Takut ada udang disebalik batu ke apa. hahaha. Adoiii.

Dipendekkan, saya hargai dan berterima kasih pada suami. Niat suami adalah untuk memudahkan saya memasak untuk keluarga. Ye la, keluarga makin membesar dengan komitmen study lagi dan sebagainya. Mungkin rezeki saya juga melaluinya. Pasti ada hikmahnya.

Jadi, saya akan cuba manfaatkan sebaiknya dengan 'bibik german' ini untuk keluarga. Moga lebih rajin memasak di dapur lepas ini. haha

Jadi selepas ini, saya akan kongsikan pengalaman saya bersama thermomix dengan kalian semua! Yehaaaa..

Dulu saya skeptikal dengan benda yang macam tak masuk akal ni. Tak kenal, maka tak cinta. Bila dah kenal, jatuh cinta pula. Memang betul apa orang kata.  Hopefully dapat kongsi manfaat bersama.

Bagi sesetengah orang, benda ni sangat berguna dan  membantu especially untuk ibu-ibu. Ramai orang yang sebenarnya nak sangat memasak dan sedia makan untuk keluarga, tapi ada kekangan dari segi masa atau sebab tak reti memasak. Bila ada teknologi yang boleh bantu, why not bukan?😉

InsyaAllah, selepas ini saya akan rajin update info, tips dan resepi untuk bakal dan new user thermomix. Semoga sharing ini dapat membantu dan memudahkan anda ya! 

Hai, saya thermormix user and advisor anda :)
Jika perlukan bimbingan, nasihat atau sebarang pertanyaan boleh contact saya ye.