
Ramai yang tertanya-tanya, saiz thermomix ni besar ke kecil? Kalau beli nak letak dekat mana? Muat ke untuk dapur saya yang sempit dan kecil?
Jangan risau! Sebab dapur saya pun jenis kecil dan tak besar.
Bila ada thermomix, saya dah simpan segala perkakas dapur seperti periuk nasi, blender dan lain-lain sebab thermomix dah ambil alih tugas semua item tu. Jadi takde masalah kalau anda ada ruang dapur yang kecil. 😊
Jomm saya tunjukkan perbezaan thermomix ni dengan perkakas dapur lain. Jadi lepas ni anda akan dapat bayangan atau gambaran nak letak kat mana thermomix ni nanti. 😉
1. Thermomix vs Pressure Cooker
Saiz thermomix dan pressure cooker Noxxa ni lebih kurang sama je. Tapi dari segi lebar nampak Noxxa lagi besar berbanding thermomix kan?😊
2. Thermomix vs Air Fryer
Saya bandingkan thermomix dengan Air Fryer Russel Taylor-AF26. Nampak saiz dan ketinggian lebih kurang sama je. Jadi bagi saya thermomix tidak terlalu besar dan tak terlalu kecil sahaja. Sangat sesuai dengan ruang dapur saya yang kecil ini.
3. Thermomix vs Breadmaker
Saya buat perbandingan thermomix dengan breadmaker jenama Breville Bakers Oven BBM100. Nampak saiz breadmaker lebih lebar dan sedikit besar berbanding thermomix. Kalau dulu nak buat roti, saya akan gunakan breadmaker dan kena tunggu selama 30 minit untuk siap uli satu doh.
Tetapi sejak ada thermomix, saya dah tak guna breadmaker lagi dan uli sahaja dalam thermomix. Masa pun lebih cepat. Sangat mudah dah dan jimatkan ruang. Yang paling penting, dapat jimat wang ringgit juga kerana tidak perlu beli separated item untuk fungsi berbeza. Tapi kalau dah beli tu, simpan je la atau hadiahkan pada saudara yang perlukan. Hehe
4. Thermomix vs Blender
Saya buat perbandingan thermomix dengan blender jenama philips. Nampak dari segi ketinggian tu sama je kan? Dan saya rasa tidak banyak beza dengan blender janama lain juga kerana saiz blender lebih kurang sama. Sekarang saya pun dah tak gunakan blender hadiah kahwin tahun 2014 ini lagi walaupun masih elok.
Untuk memasak, tak perlu lagi potong bawang. Terus masukkan je dalam thermomix, thermomix akan blend/chop, terus masukkan minyak dan masak. Paling penting, thermomix juga boleh tolong kupaskan bawang banyak-banyak. Jimat air mata tak perlu tahan pedih kupas bawang. Haha
Bukan setakat bawang, cili pun sama. Tak perlu lagi untuk potong cili atau rebus sebelum blend. All in one. Thermomix boleh potongkan untuk buang biji, kemudian rebus, blend dan masak untuk tahan lebih lama.
Paling penting, mixing bowl ini diperbuat daripada stainless steel yang tahan karat dan bau. Walaupun digunakan untuk blend bawang atau lada, bau dan warna tidak akan melekat. Selepas itu nak buat air jus pun takde masalah. Takkan ada masalah air jus epal berbau atau rasa bawang. Haha.
5. Thermomix vs Rice Cooker
Seperti dalam gambar diatas, saiz thermomix kelihatan lebih besar berbanding rice cooker. Saiz rice cooker saya hanyalah 1L je. Memang kecil ye. Sesuai untuk keluarga saya yang kecil. Kecil periuk, kecil lah keraknya juga. Tapi bila ada family datang, baru saya akan keluarkan periuk nasi yang lebih besar. Haha 😂
Sekarang, memang saya jarang sangat guna rice cooker. Bila thermomix boleh masak nasi yang lebih sihat iaitu dengan cara kukus/steam, why not kan? Dengan thermomix, ada 2 cara yang kita boleh follow untuk masak nasi. Satu secara steam iaitu masak nasi dalam simmering basket. Cara ini lebih sihat sebab air kanji kita akan buang. Yang kedua adalah masak nasi dengan cara normal iaitu rice cooker mode. Letak beras atau masak nasi secara terus dalam mixing bowl.
6. Thermomix vs Baby Food Blender/Processor
Yang ni of course saiz baby food blender/processor jenama autumnz ni lebih kecil. Bila anda ada baby kecil, sebenarnya anda tak perlukan lagi baby food processor ni sebab thermomix pun boleh buatkan. Ada function steam iaitu varoma dan jugak blender. Dalam Cookidoo juga terdapat banyak pilihan resepi menu untuk baby.
--
Jadi, saya berharap anda dah dapat gambaran dan bayangan thermomix di dapur anda. 😊
Saiz dapur kecil, sempit dan ruang terhad?
Bukan lagi masalah kan?